Mahkamah Perancis sudah
pun mula membuat tindakan menyebabkan ada dada orang di Kuala Lumpur
berdebar-debar. Tindakan itu ialah mensepina Jalbir Singh Chal yang
menjadi perantara sogokan kepada ahli politik Malaysia untuk pembelian
kapal selam Scorpene pada 2002 lalu.
Sepina itu diserahkan malamn tadi, demikian diberi tahu oleh Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel.
Menurut
Gabriel, Jalbir Singh adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di
Perimeker syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan
kapal selam tersebut.
Pembelian
kapal selam itu menyebabkan lebih RM500 juta komisen diberikan kepada
pihak tertentu dan ia juga dikatakan ada kaitan dengan kematian
Altantuya Shariibbu.
Perkembangan
ini menyebabkan sekurang-kurang dua orang tokoh politik dan pemimpin
Umno mula berdebar dada kerana nama mereka juga disenarai untuk menjadi
saksi bagi penyiasatan penyelewengan itu. Kedua mereka itu ialah Ahmad Zahidi Hamidi dan Ha Najib Razak.
Sebelum
ini Zahid menyatakan mahkamah Perancis tidak ada hak dan kuasa untuk
memsepinanya dan beliau tidak akan pergi ke mahkamah atas alasan tidak
mahu membazirkan wang kerajaan. Baguslah. Manakala Najib tidak memberi
sebarang komen sama ada sedia atau mengikut langkah Zahid.
Sama
ada sedia pergi atau tidak kalau sepina itu sampai ke rumah Zahid dan
Najib mereka terpaksa menjelaskan dan setidak-tidaknya sepina itu
menganggu emosi mereka. Kita tunggu. [wm.kl.12:45 t/mlm 17/06/12]
Pencacai umno semua!!!!!!!!!!! Tulis la komen skt kehkehkeh
ReplyDelete