Ratusan ribu bahkan jutaan rakyat Mesir mengikuti
pengumuman keputusan akhir pilihanraya Presiden Mesir.
Dunia antarabangsa memantau secara langsung peristiwa sejarah demokrasi di negeri piramid tersebut.
KPU Mesir pada hari Ahad, 24 Jun 2012, pukul 21.40 (WIB) menyatakan
pemenang dalam pilihanraya Presiden Mesir adalah Dr. Muhammad Mursi, calon Ikhwan
dengan meraih 13.230.131 undi, sedangkan Ahmad Syafiq meraih 12.347.380 undi.
Dr. Yasir Ali, Jubir Timbalan kepada Dr. Mursi menyatakan bahawa Presiden
Dr. Muhammad Mursi akan mengucapkan janji di hadapan wakil rakyat
pilihan rakyat Mesir. Memandangkan parlimen adalah badan
satu-satunya yang dipilih terus oleh rakyat secara demokratik.
Sementara itu, Jamaah Ikhwanul Muslimin mengumumkan pengunduran diri
Dr. Muhammad Mursi dari Jamaah Ikhwanul Muslimin dan dari Presiden
Hizbul Hurriyah wal Adalah (FJP) untuk seterusnya menjadi Presiden bagi
rakyat Mesir.
Allahu Akbar wa Tahya Mishr, Allahu Akbar wa Lillahil Hamd.al-ikhwan.net
No comments:
Post a Comment