Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B,
Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami
masalah mental, kata polis. Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa
dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai
ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan
bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong
daging. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil
Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu
lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.
Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
(IPKKL) hari ini, beliau berkata IPKKL menggerakkan unit khasnya untuk
menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.BernamaKUALA LUMPUR – Salah seorang suspek kes serangan ke atas Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya petang tadi.
Bagaimanapun identiti lelaki itu belum diketahui.
Seorang lagi suspek, seorang wanita, yang juga ditembak kini sedang dirawat di hospital yang sama.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, kedua-dua mereka mengamuk sambil melibaskan parang kearah anggota polis bantuan yang berkawal di kompleks tersebut.
Berikut adalah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia mengenai insiden berkenaan;
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.
Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.
Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.
Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.
Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.
Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.
Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.
Saspek lelaki telah meninggal di hospital.
Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).
Mari kita baca Propaganda UTUSAN pula..
Utusan siap TOKOK tambah bahawa wujud gerakan menumbangkan Kerajaan?? wahh.. JAHAT sungguh tuduhan UTUSAN.. sampai begitu sekali yer?
Apa motif Utusan Malaysia sebenarnya menyebarkan berita sedemikian rupa? Mengapa mereka mendahului Polis dalam penyebaran beritanya yang ternyata berunsur fitnah untu menimbulkan kurang senang rakyat dengan mengaitkannya dengan mengatakan suspek mahu gulingkan kerajaan dan bertakbir sedangkan Polis mengeluarkan kenyataan sebaliknya...?
Sumber: Kingof Goblok
No comments:
Post a Comment