Monday, July 9, 2012

APA LA MAT ZAMIL!!! Ingatkan nak dedah video lucah, rupanya transkrip rekaan ucapan Anwar



KUALA LUMPUR 9 JUL : Kenyataan bekas pemimpin PKR Kedah, Zamil Ibrahim kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan parti komponen Pakatan Rakyat tidak perlu diendahkan.

Ini kerana, menurut Timbalan Presiden PKR, N. Surendran, Zamil sebelum ini terbukti bersalah mengeluarkan kenyataan palsu terhadap mantan Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali.

“Kenyataan tidak masuk akal oleh orang seperti ini saya fikir tidak perlu kita dengar dan ambil serius.

“Beliau sendiri tidak pernah menunjukkan kredibiliti yang baik, yang boleh menjadi sandaran untuk kita semua percaya kata-katanya hari ini,” ujar Surendran, yang menyifatkan kenyataan Zamil sebagai “bodoh”.

Beliau turut menyifatkan usaha Zamil kali ini sebagai satu lagi percubaan cetek untuk memecah-belahkan Pakatan.

Hari ini, Zamil mengadakan satu sidang media kononnya untuk mendedahkan video rakaman Anwar yang didakwa memburukkan DAP dan PAS dalam satu mesyuarat tertutup di Bukit Mertajam pada Januari 2008.

Namun ketika sidang media, hanya sebahagian transkrip rakaman tersebut yang dibacakan dan tiada sebarang video didedahkan. Zamil memberi alasan pemberi video itu tidak membenarkan disiarkan.

Menurut Zamil, video itu diperolehi daripada rakaman seorang pemimpin cabang PKR sebelum PRU 12 lalu lagi namun tidak pernah didedahkan.

“Saya ingin mengingatkan kepada penyokong Pakatan bahawa keadaan dulu tidak pernah berubah dalam Pakatan. Tiada keserasian antara mereka dan segala yang ditunjuk di depan media oleh Pakatan hanyalah lakonan semata-mata. Hakikat sebenar ada dalam video ini,” Zamil mendakwa.

“Selain kenyataan kurang konkrit oleh Zamil hari ini, kita juga tidak pasti sejauh mana kebenaran video ini, entah ada atau tidak.

“Jadi kami menolak sekeras-kerasnya percubaan sebegini yang ternyata nampak ‘murahan’ dan tidak ‘gentleman’,” tegas Surendran ketika dihubungi melalui panggilan telefon sebentar tadi.

Bagaimanapun, Surendran yakin percubaan untuk memburuk-burukkan Anwar dan PKR tidak akan sesekali menggugat kekuatan Pakatan Rakyat.

“Saya yakin PKR, DAP dan juga PAS sudah matang dengan permainan sebegini dan percubaan kali ini juga tidak akan menggugat kerjasama yang erat antara parti komponen Pakatan Rakyat,” Surendran berkata.Selangorku

No comments:

Post a Comment