Selalu saya terfikir yang negara
perlu memulakan ‘facet’ yang baru dalam politiknya kerana dengan isu perkauman
yang sedang digendang oleh pihak pemerintah sekarang ini amat merbahaya untuk
kestabilan dan keselamatan negara. Pihak BN tidak mahu menerima hakikat dan
semangat demokrasi dan kekalahan dalam pilihanraya merupakan satu perkara yang
mereka tidak dapat hendak terima sedangkan itu lah perkara yang biasa yang
berlaku di dalam mana-mana negara demokrasi.
Nampaknya cita-cita negara untuk
mendapatkan sebuah negara yang mencapai ‘national unity’ tidak mungkin tercapai
sampai bila-bila selagi BN masih memainkan isu perkauman yang terlalu besar.
Isu perkauman ini tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila kerana itu pun
isu yang digunakan oleh pihak BN terutamanya UMNO untuk meneruskan cengkaman
terhadap pemikiran rakyat kerana tamakkan kuasa.
UMNO tidak mahu menerima hakikat
bahawa untuk memperbaiki diri, mereka
harus dan wajib menerima yang mereka juga mesti melalui zaman dan waktu sebagai
pembangkang. UMNO harus menerima yang waktu duduk di kerusi pembangkang itu
merupakan waktu yang terbaik untuk memperbaiki diri.
Perasaan saya begitu mendidih
apabila pimpinan UMNO membuat andaian yang negara akan menghadapi zaman
kekecuhan jika PR memerintah. Saya tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan
rasional nya terhadap andaian itu. Pihak pembangkang khususnya DAP tidak pernah
membuat andaian yang merbahaya ini tetapi hanya UMNO sahaja yang membuat
andaian ini semata-mata untuk menakut-nakutkan orang ramai dan memberikan
sokongan terhadap parti yang sudah memerintah selama lebih lima dekad itu.
Sebenarnya pihak pembangkang
telah menerima kekalahan setiap pilihanraya dan tidak pernah membuat kekacauan.
Kita telah mengadakan pilihanraya sebanyak 12 kali dalam sejarah negara merdeka
kita. Mengingatkan peristiwa 13 Mei itu merupakan kerja menakut-nakutkan rakyat
untuk membuat pilihan secara bebas dan jika berlaku kekecuhan ia akan hanya
dilakukan oleh pihak BN dan bukannya dari pihak PR.
Jangan mengungkit cerita
lama tentang peristiwa berdarah itu kerana ramai di antara mereka yang
membesarkan isu ini belum pun lahir lagi atau masih dalam buaian semasa itu
yang di antara mereka sudah menjadi Menteri-Menteri Besar dan Menteri-Menteri
dalam kerajaan sekarang. Contohnya Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri kita yang
tidak semenggah itu masih bermain dengan tali seluar lagi.
Pada tahun 1969 itu adalah
pilihanraya yang berkeputusan seperti pilihanraya 2008 dalam mana BN atau pun
Perikatan semasa itu hampir-hampir tidak dapat membentuk kerajaan. Di sini kita
lihat kekecuhan hanya berlaku jika BN kalah atau hampir kalah kerana BN akan
melakukan segala-gala perkara buruk untuk membawa negara kearah kekecuhan dan
mengambil keadaan itu secara ‘expedient’ untuk mengistiharkan dharurat seperti
yang berlaku semasa itu.
Perayaan kemenangan parti Gerakan
yang pertama kali menyertai pilihanraya sebagai pembangkang semasa itu di ambil
kesempatan secara halus oleh pimpinan BN atau Perikatan semasa itu untuk
mencetuskan situasi yang membolehkan dharurat di isyhtiharkan. Setakat itu
sahaja yang saya mahu sebutkan untuk menafikan yang kekecuhan itu dilakukan
oleh pembangkang. Bagi orang-orang lama ia tidak perlu disebut-sebut lagi
kerana jika disebut ia seperti ‘menepuk air di dulang’ seperti apa yang
dikatakan oleh perbilangan kita orang Melayu.
Saya tidak berminat untuk membuat
kenyataan yang sangat dibimbangi oleh semua pihak ini tetapi cukup sekadar
menyatakan yang 13 mei sengaja di cetuskan secara sistematik oleh pihak yang
sedang hampir kalah dengan menggunakan perayaan dan perhimpunan kemenangan
pilihanraya itu sebagai ‘immediate cause’ kepada peristiwa berdarah itu.
Semasa itu perhimpunan dan
perayaan kemenangan adalah bebas, tidak seperti sekarang. Pihak pembangkang
tidak dapat mengadakan ceramah-ceramah semudah dahulu dengan adanya
bermacam-macam akta yang digubal untuk kepentingan politik pihak pemerintah
sahaja.
Oleh yang demikian kita harus
berfikiran yang menyejukkan dan bukannya mempunyai pemikiran yang boleh
memanaskan keadaan. Peristiwa 13 Mei itu membuktikan yang keadaan kekecuhan itu
akan hanya berlaku jika pihak yang memerintah mengalami kekalahan atau hampir
kepada kekalahan. Didalam pilihanraya-pilihanraya yang lain tidak ada kekecuhan
kerana BN memang dalam angka yang memudahkan mereka meneruskan pembentukan
kerajaan.
Dalam situasi sekarang BN
merasakan kali ini merupakan kali yang terakhir mereka mendapat mandat, bukan
kerana rakyat sengaja hendak menolak mereka tetapi terpaksa melakukan penolakan
itu kerana UMNO sudah tidak lagi menjadi parti yang bertanggungjawab terhadap
kepentingan rakyat dan negara.
Oleh itu pihak UMNO dan
pimpinannya lah yang sepatutnya memujuk hati mereka sendiri supaya tidak
melakukan kerja seperti pada tahun 1969 itu jika mereka mengalami kekalahan
dalam PRU yang akan datang. UMNO dan pimpinan patut memujuk hati dan jiwa
masing-masing supaya menerima hakikat bahawa apa yang hidup akhirnya akan mati
kerana segala makhluk bersifat baharu itu wajib menghadapi kematian. Begitu
jugalah UMNO, mesti menerima hakikat jika sampai waktu dikalahkan, terimalah
dengan penuh ‘gentleman’.
BN tahu yang kali ini PAS, DAP
dan PKR akan mendapat mandat (insyaallah) maka itulah sebabnya isu perkauman
kembali subur dalam politik sekarang ini. Perlu di ingat dialam gabungan PR,
tidak ada satu parti pun yang bersifat perkauman.
Rakyat tidak mahu lagi
cerita-cerita perkauman seperti isu Melayu-Melayu yang didendangkan oleh UMNO
untuk mendapatkan sokongan, tetapi Melayu tidak kemana juga….asyik tertipu oleh
retorik pimpinan bangsanya sendiri. Melayu tidak habis-habis tertipu sepanjang
hayatnya.
Oleh itu saya impikan negara kita
kembali bermula dipangkal jalan dengan cara yang baharu untuk mencapai matlamat
yang satu, iaitu ‘perpaduan national’. Tidak ada seorang pun dalam kepimpinan
hari ini boleh melakukannya kerana kesemua di antara mereka itu sudah hilang
segala ‘plot’ untuk mentadbir negara.
Kita perlu mencari agar timbul
seorang ‘Mandela’ dalam negara kita untuk membuat penyusunan kembali siasah dan
politik negara untuk menjamin ‘perpaduan national’ itu. Mereka yang
perlu diberikan tanggungjawab itu ialah mereka-mereka yang berpengalaman luas yang ‘senior’ untuk duduk dan berbincang
bab masa depan negara.
Isu ini isu serius dan tidak
boleh ditangguh-tanguhkan lagi. Kita hendak tinggalkan politik berpuak-puak
yang tidak ada hadnya seperti sekarang ini kerana yang akan menerima celakanya
adalah generasi kita yang akan datang.Aspan Alias
No comments:
Post a Comment