BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah
dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik
dari negeri itu.
Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.
Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.
"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang
merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara
tradisinya menjadi kubu kuat BN.
Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur
yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan
antarabangsa Majlis Profesor Negara.
No comments:
Post a Comment