P
KOTA BHARU: Pemuda Umno bolehlah dianggap sebagai dayus jika terus berdiam diri ekoran ejekan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar) kepada seorang Adunnya di Johor.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadli Shaari
berpandangan, Umnokhususnya pergerakan pemudanya tidak wajar berdiam
diri sahaja apabila tuduhan sebegini dilontarkan kepada ADUN Umno hanya
kerana mencadangkan hukum hudud di Johor.
"Di manakah maruah pemimpin Umno yang sanggup melihat sebegini hina
label yang diberikan kepada pemimpin mereka?" kata Ahmad Fadli dalam
kenyataannya hari ini.
Menurut beliau, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menggesa Umno
khususnya kepimpinan pemudanya agar tidak menjadi dayus dengan berdiam
diri terhadap label yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu.
Ini ekoran kenyataan Chua Soi Lek kepada salah seorang ADUN Umno Johor sebagai out of his mind atau hilang akal.
Ia berikutan cadangan ADUN tersebut, Datuk Ayub Rahmat yang disuarakan
di dalam Dewan Undangan Negeri Johor minggu lalu agar Johor menjadi
negeri yang pertama melaksanakan hudud mendahului Kelantan.
Perkataan hilang akal, katanya, juga boleh diertikan sebagai gila dan
kurang siuman itu merupakan satu perkataan yang sangat serius dan ia
dilontarkan oleh presiden sebuah parti secara terbuka dan disiarkan di
dalam akhbar The Star melalui laman webnya pada 3 Julai 2012.
Bahkan
di dalam masa yang sama Chua Soi Lek menyebut dengan tegas bahawa 'MCA
will definitely object' (MCA dengan pastinya akan membantah).
Fadli (gambar) bertanya, di mana pula NGO-NGO pro Umno
yang selama ini mendakwa kuat menyokong perjuangan memartabatkan
Melayu, Islam dan Raja?
"Kenapa tidak diadakan perarakan dan tunjuk perasaan besar-besaran membantah kenyataan Chua Soi Lek ini?" soal beliau.
Bagi pihak PAS, katanya, kenyataan-kenyataan telah dikeluarkan oleh pemipin utama PAS menyokong cadangan ADUN Umno Johor ini.
"Namun di pihak Umno, kelihatan pemimpin-pemimpin utama diam menikus
'dijerkah' oleh Presiden MCA," sindir Fadli yang juga Setiausaha Akhbar
MB Kelantan.
Beliau seterusnya bertanya, di mana keris tajam Umno yang sering
dijulang ke udara dengan penuh semangat perwira mempertahankan maruah
Melayu itu?
"Sudah tumpul berkarat atau hilang kudrat untuk dijulang lagi?" terjah beliau.
Umno bkn takut,tp dorang amat2 mghormati pelakon porno,btl x pkomen2 umno semua?
ReplyDelete