Tuesday, July 17, 2012

NEGARA ISLAM ALA UMNO!!! Solat pun tidak dibenarkan

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/05/polis-no-nametag-BERSIH.jpegSeorang peserta Bersih 3.0, Suhaimi Suratman memberitahu bahawa beliau tidak dibenarkan untuk mendirikan solat oleh anggota Polis pada hari beliau ditahan semasa Himpunan tersebut.


Suhaimi Suratman menyatakan bahawa  pihak polis telah menyerang, memaki hamun, memukul dan menumbuk mukanya sebanyak dua kali ketika ditahan.

Tindakan itu menyebabkan tulang hidungnya patah.

Menurutnya lagi, ketika ditahan, anggota polis tidak membenarkan peserta yang dikumpulkan dalam kumpulan kira-kira 30 orang untuk membuat sebarang panggilan telefon, pergi ke tandas mahupun menunaikan solat.

"Sampai ada peserta yang ingin buang air kecil tak dibenarkan, kalau nak buang air, buang di sini, kalau nak berak, berak di sini, kalau kau nak solat, kau pergi masjid sini bukan tempatnya," katanya.



Beliau memberitahu demikian pada inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kesan lebam cap tapak kasut di belakang badannya adalah akibat dipukul sebanyak dua kali oleh pihak polis di dua tempat berasingan.

Inilah negara Islam Ala Umno ...........solat pun tidak dibenarkan .........Mutaligat

2 comments:

  1. memang kerja haram jadah polis yang melakukan kezaliman itu ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Malaysia ni negara islam ke? kt kawasan rumah aku kedai toto ada,magnum ada,da ma cai pn ada,serba lengkap la,org melayu pn ramai beli no ekor kt situ...cuba p bkt bintang mlm2,ramai org melayu lepak kt club/pub situ...negara islam ke? lawakkkkk

    ReplyDelete