Bekalan Minyak Masak dicatu
Saya merupakan anak peneroka Felda yang dilahirkan di dalam suasana
kebun kelapa sawit yang damai dan tenang. Apabila FELDA disenaraikan di
Bursa Saham. Saya amat berbangga menjadi generasi Felda yang mengecapi
nikmatnya.
Namun apa yang paling mengecewakan apabila saya ke pasaraya berdekatan
dengan Felda Bukit Goh yang permai. Saya mendapati minyak masak dari
hasil sawit tiada dijual dalam botol 2 kilogram mahupun 5 kilogram.
Hanya terdapat minyak import seperti minyak masak bunga matahari, minyak
jagung dan minyak zaiton yang saya fikir tiada sesiapa yang sanggup
memasak atau menggoreng ikan dengan minyak tersebut.
Saya berbangga kerana Malaysia merupakan antara pengeluar minyak
kelapa sawit terbesar di dunia. namun mengapa minyak masak daripada
kelapa sawit harus dicatu. setiap pembeli hanya dibenarkan membeli 2
kilo atau 2 paket setiap pelanggan sahaja.
Adakah sememangnya bekalan minyak sawit telah kehabisan bagi mendapatkan
modal bagi penyenaraian IPO FELDA ataupun terdapat komplot dari para
peniaga untuk menyimpan bekalan bagi menaikan harga minyak masak kepala
sawit? Kerana apabila FELDA kini bertaraf duniam maka harga juga harus
bertaraf dunia?
By: Khairul Ashinar
Kedah Kini
No comments:
Post a Comment