AMPANG, 19 JULAI: Perasaan gembira dan sebak terpapar di wajah lebih
640 penduduk kampung apabila mereka menerima kunci kediaman pangsapuri
baru mereka hari ini daripada Kerajaan Selangor.
Mereka seperti Wan Kamariah Che Man, 80, seorang peneroka asal Kampung Berembang yang duduk di kampung itu sejak 1964.
Beliau berasa syukur dan memuji tindakan prihatin kerajaan negeri
dalam memastikan hak mereka untuk memilik kediaman akhirnya ditunaikan.
Beliau mengakui, perubahan pemerintahan kerajaan daripada Umno-BN ke
Pakatan Rakyat mampu membantu golongan yang berpendapatan rendah.
“Ini yang kami perjuangkan selama ini. Alhamdulillah akhirnya
terlaksana. Selama ini kami minta bantuan kepada Umno, tetapi tidak ada
apa yang kami dapat.
Terima kasih kepada Yb Iskandar dan Azmin Ali kerana bersusah payah
mendapatkan hak kami untuk mendiami rumah tetap,” katanya apabila
menerima kuncinya untuk unit pangsapuri Berembang Indah.
Majlis penyerahan kunci dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar
Abdul Samad dan Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali.
Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad
(PNSB), Datuk Ahmad Omar, Ketua Lembaga Perumahan dan Hartanah
Selangor, Datin Paduka Alinah Ahmad dan Pegawai Daerah Gombak, Zaharin
Mohd Saad.
Perasaan gembira ini turut dikongsi Emi Daud, 80 yang lega penantiannya untuk mendapat rumah sendiri berakhir.
Beliau yang telah menetap di rumah setinggan hampir 30 tahun lalu
tidak sabar untuk mendiami rumah baru menjelang bulan Ramadhan dan
Aidilfitri.
Chua Chin Chai, 56 yang telah menetap di Kampung Berembang selama
lebih 20 tahun turut berkongsi kegembiraan bersama keluarga apabila
mereka bakal menduduki rumah baru dalam masa terdekat ini.
“Saya banyak gembira. Sudah dekat 9 tahun lebih tunggu rumah ini,
akhirnya dapat. Rasa senang hati,” luah beliau dengan nada gembira.
Projek Pangsapuri Berembang Indah dimulakan pada 2005 namun gagal disiapkan ekoran beberapa masalah teknikal.
Pada tahun 2008, kerajaan negeri mengarahkan pemaju supaya menyiapkan projek ini dengan kemudahan tersusun dan terancang.
Pangsapuri ini dilengkapi dengan 7 buah lif, 385 petak meletakkan
kenderaan, surau, ruang kedai, tandas awam, dewan orang ramai dan
gelanggang serbaguna. Ia dibangunkan oleh Syarikat Perspektif Masa Sdn
Bhd (PMSB).
Pangsapuri ini merupakan penempatan semula bagi 649 keluarga penduduk
Kampung Berembang yang terjejeas dengan projek pembangunan di kawasan
itu.
Setiap keluarga mendapat pangsapuri tersebut pada harga RM 35,000.
Dalam majlis sama, Abdul Khalid meminta penjelasan daripada Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan pemaju ekoran kelewatan pemberian
sijil layak menduduki bangunan (CF) kepada penduduk.
Menurut Timbalan Yang diPertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain, kelewatan
ini disebabkan pembinaan pam pembentungan oleh pihak pemaju yang tidak
mengikut pelan asal seperti yang dipersetujui oleh Indah Water
konsortium (IWK).
Namun, perkara ini berjaya diselesaikan apabila pemaju memberikan
jaminan kepada Abdul Khalid dan penduduk akan menyelenggara pam tersebut
selama 5 tahun.
Saya minta penduduk rumah pangsa ini tidak dikenakan apa-apa bayaran
tambahan untuk menguruskan pam ini selama 5 tahun. Kalau (pam) tidak
boleh guna, kita boleh minta mereka (pemaju) tukar,” kata Abdul Khalid.
Tegas Abdul Khalid, beliau berharap masalah CF ini akan diselesaikan
dalam tempoh seminggu selain meminta PNSB memantau perkembangan
pangsapuri dalam tempoh enam bulan.
Beliau turut meminta penduduk menubuhkan jawatankuasa pengurusan
bertindak bagi memastikan kemudahan pangsapuri dapat dijaga sebaiknya.
CENANGAU KATA ARTIS ARTIS PAS DIBAYAR RM 2500.00 SEKALI CERAMAH. SURUHLAH DEPA SAMAN CENANGAU...
ReplyDeleteHE!HE!HE!
Orang citer lain ko komen lain,mmg sah la ko bahalol luncai ooi,elok ko join geng imam mahdi yg kena tembak aritu...
ReplyDelete