Wednesday, July 11, 2012

SAMSENG UMNO BERMAHARAJALELA!!!PM, polis berdiam diri

Gabungan NGO BERSIH 2.0 berkata, polis dan perdana menteri akan dilihat membiarkan insiden serangan oleh kumpulan samseng berterusan sekiranya terus berdiam diri dalam kes seperti itu.

"Sehingga hari ini, polis masih belum bertindak tegas ke atas pelaku budaya ganas ini. Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 juga melihat bahawa Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak telah berdiam diri mengenai kes seperti ini," kata NGO itu dalam satu kenyataan.


Katanya, pihak berkuasa perlu menyiasat serangan tersebut, seperti yang dialami penganalisis politik Ong Kian Ming semalam.


Gabungan NGO itu melihat bahawa serangan oleh kumpulan samseng seperti itu, seperti yang dialami pengerusi bersamanya Datuk S Ambiga sebelum ini, semakin meningkat



"BERSIH 2.0 menuntut kepada pihak berkuasa supaya menyiasat atas serangan ke atas Ong Kian Ming dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.


"Serangan ke atas pelindung hak asasi manusia tidak boleh dipandang ringan. Kerajaan perlu mengutuk dan mengambil tindakan segera ke atas serangan seperti ini, kenyataan itu dipetik.


Sekumpulan samseng awal petang semalam menyerang rumah penganalisis politik tersebut dengan memecahkan pintu pagar kediaman tersebut, namun gagal memecah masuk ke dalam rumah berkenaan.


Ong menyifatkan serangan tersebut sebagai satu cubaan untuk menakut-nakutkanya dan "bermotifkan politik."


Beliau juga percaya serangan tersebut ada kaitan dengan kritikannya baru-baru ini terhadap agensi kerajaan Pemandu, MCA dan MP Labis Chua Tee Yong dalam
Twitter dan platform lain

2 comments:

  1. perh...famous org kampungku ini...memalukan sungguh......

    ReplyDelete
  2. Rasanya x payahlah nak repot polis sibarua umporno .... bertindak sendiri aje upah samseng cina cari sipenyerang tembak aje, elaki KDN menterinya umporno jgn hrp ade tindakan buang masa aje......jom hayun aje mat laun tu semua...

    ReplyDelete