Selama 3 bulan Uncleseekers menyiarkan siri “Sultan Johor atau
Kerabatnya?”, tak ada siapa yang peduli untuk mengambil tindakan
terhadapnya. Tidak ada pembela Raja, tak ada pembela Perkasa, Tak ada
JATI. Semua diam macam tak ada teloq.
Pada 27/6, Mediaperak menyiarkan satu artikel yang bertajuk “Umno dibelakang Uncleseekers?”. Empat hari kemudian, pada 1 Julai, sekumpulan 30 individu membuat laporan polis
di Johor Baru. Kumpulan ini juga siang-siang sudah membuat kenyataan
bahawa mereka bukan dari mana-mana pertubuhan politik. Apatah lagi
mempunyai hubungkait dengan Umno. Heran juga, mengapa Umno langsung
tidak mahu terlibat dalam mempertahankan Sultan Johor.
Semalam, 5 Julai 2012, Uncleseekers akhirnya ditangkap
di Senawang dan dibawa ke Johor Baru. Ada kawan-kawan bagi tau,
Uncleseekers ditangkap sebab sudah lebih popular dari Papagomo. Ha.ha.
Memang betul!!
Seronok ka kita bila Uncleseekers ditangkap? Memang seronok sebab
blog-blog kita laris macam burger Ramly. Tapi lepas ni apa nak buat?
Cukup ka dengan menceritakan apa yang berlaku keatas Uncleseekers?
Aku tengok Uncleseekers sebagai rakan blogger walaupun aku tak pernah
jumpa dia. Dia mewakili suara rakyat yang menentang kezaliman
pemerintah. Tak kira kita bercakap tentang kerajaan atau Sultan.
Kalau
sultan pun zalim…nak sembah buat apa? Orang Pulau Pinang, Melaka dan
Wilayah Persekutan tak ada pun Sultan…adakah depa hidup susah atau mati
kelaparan? Adakah semua rakyat Johor hidup senang lenang sebab ada
Sultan?
Dalam posting sebelum ini disini, aku
katakan bahawa, blog Uncleseekers akan menjadi pemangkin kepada
perubahan politik tanah air. Dan memang tidak dapat dinafikan, apa yang
ditulis oleh Uncleseekers dipersetujui oleh sejumlah besar rakyat .
Banyak Facebook dan blog yang menyokong Uncleseekers…malah sudah ramai
yang menjadi Uncleseekers.
Semalam, seorang Uncleseekers ditangkap. Apakah kita mahu membiarkan Uncleseekers terus mati macam tu saja?
Bila aku tanya kat kawan-kawan, ada yang kata..”berani buat, berani tanggung la.”.
Serupa juga bila Perak dirampas oleh BN dulu, ramai yang ditangkap
semasa demo di Kuala Kangsar. Bila member kena tangkap..masing-masing
lari. “Sendiri buat, sendiri tanggung la.”
Macam mana pulak kalau selepas ini, Nizar pulak yang ditangkap dan
dibawa ke Johor.” Apakah kita juga akan berkata, “mampuih pi kat dia
la.”?
Aku percaya, Uncleseekers akan menerima nasib macam mereka yang
ditangkap semasa demo di Kuala Kangsar. Tak ada ramai peguam yang
berani tampil untuk membela mereka yang ditangkap kerana takut dianggap
menderhaka kepada Sultan.
Tambah-tambah lagi dalam kes Uncleseekers,
jangan kata peguam..malah parti politik yang bercakap tentang menentang
kezaliman pun tak berani nak tunjuk muka. Masing-masing akan mencuba
menjaga imej..menjaga “hubungan baik” diantara parti dengan Sultan.
Pirrrahh!!
Aku percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang tak perlu jaga
nama baik parti. Aku juga percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana
yang dah meluat dengan perangai Sultan dan Raja-Raja yang tidak
menunjukkan contoh yang baik sebagai pemimpin umat Islam. Nak tunggu
apa?
Kita semua Uncleseekers. Dan apabila seorang Uncleseekers ditahan kerana menyatakan kebenaran….apakah kita hanya duduk diam?
Pertama sekali, Uncleseekers memerlukan peguam. Kita perlukan
solidariti untuk menunjukkan bahawa Uncleseekers tidak kesaorangan.
Mediaperak sanggup mencari peguam untuk membela Uncleseekers. tapi
kami tak tau nak berhubung dengan sapa. Nak pergi Johor pun tak ada
duit. Dengan sapa hendak berhubung?
Seseorang perlu melakukan sesuatu. Setiap bloggers dan Facebookers
perlu mengambil tanggungjawab. Kita perlu membela Uncleseekers kerana
kita semua Uncleseekers.MSK
Wa dah senja dah. Hidup di negeri yang tak ada Soltan ataupun Raje. Hebat juga wa. Besar juga wa. Pandai juga wa. Tak gantung pada sesipa pon. Yang ada hanyalah Allah dan kedua ibubapa.
ReplyDeleteNi nak gertak rakyat nak tengok apa akan jadi kalau tak ada Rajo atau Sultan. India, China dan banyak lagi ..dulu ada Maharaja lagie, Apa jadi? Bertambah hebat dan maju tanpa keturunan tu. Piraaaah. Jenis mangkok ayun!
Tapi wa respek itu Tuanku Sultan Kelantan. Nie baru Soltan namanya!!
don't worry be happy ,sikit hari kita boleh melawat museum tengok dotdotdot ! salute untuk sultan Mizan ,Allahu Akbar ! ABU !
ReplyDeletesupport!!!
ReplyDelete