SABAH 8 Julai: Lebih 100 ahli Umno dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam
Parlimen Kinabatangan hari ini menyertai KEADILAN di Sandakan, Sabah,
kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik.
Semua borang penyertaan itum katanya diserah seorang pimpinan Umno
Parlimen Kinabatangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program
ceramah umum anjuran KEADILAN Sabah.
“Penyertaan itu membuktikan lonjakan sokongan berterusan rakyat Sabah
kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sekaligus signal jelas rakyat negeri
ini sudah bersedia menukar kerajaan,” katanya kepada Keadilan Daily, petang ini.
Selain Aishah, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin
Jaini; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; pimpinan DAP
Sabah, Steven wong hadir bersama kira-kira 1,500 rakyat pelbagai kaum.
Aishah berharap pimpinan KEADILAN Sabah mengatur pelbagai program bagi
memastikan keanggotaan baru itu memahami perjuangan parti dan membantu
kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.
Parlimen Kinabatangan diwakili Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Umno
BN di Parlimen yang terkenal dengan kontroversinya mengungkap perkataan
lucah, Datuk Bung Mokhtar Radin.Masdar Wahid
No comments:
Post a Comment