PULAU
PINANG- Tiga 'pelakon' yang membuat cerita fitnah ke atas seorang guru
yang menjadi khatib yang dituduh mendakwa mengajak orang ramai
menggulingkan kerajaan BN dalam khutbahnya akhir memohon maaf.
Pengerus
Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan
memberitahu, tiga orang pelakon utama isu sebaran fitnah terhadap
Abdullah Khairi Haji Harun akhirnya tampil memohon maaf.
Ia
dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak
puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit.
Akibat
fitnah 'pelakon' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesen TV swasta,
Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar dari Pulau
Pinang ke Pulau Ketam, Selangor.
Ustaz
Abu Bakar ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau
Parlimen Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama
mereka disebut setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai
turut memaafkan perlakuan mereka selama ini.
"Saya
harap isu fitnah kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang
sangat kesal dengan dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat
mengajak rakyat mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional
(BN).
"Ketiga-tiga
pelakun itu sudah datang jumpa saya dan mengakui buat salah serta pohon
maaf sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan
jahat berkenaan, " tambahnya.
Ujar
beliau, pada mulanya ramai anak qariah tidak mahu memaafkan kesalahan
yang pelakun itu lakukan namun setelah diberikan tazkirah kebaikan maaf
dalam Islam maka semuanya akur dengan harapan golongan berkenaan harus
sedar bahawa perbuatan mereka selama ini merupakan kesalahan keji.
Menurut
Ustaz Bakar lagi, dalam tempuh seminggu pihak qariah membuat lapuran
polis dan sidang media tiba-tiba beliau di datangi orang tengah yang
mengatakan pelakun utama isu berkenaan mengakui salah dan ingin pohon
maaf lantas beliau bersetuju dan satu pertemuan dibuat di Puncak Mutiara
Kristal, Kampung Pelet, Penanti.
Katanya,
mereka mengakui kesalahan itu disamping mendakwa berita tersebut
sengaja ditokok tambah oleh siaran TV swasta berkenaan untuk
mensensasikan kejadian berkenaan.
Pada
kejadian solat Jumaat penghujung Jun lalu, Ustaz Abddulah Khairi
dijemput membaca khutbah di Masjid Guar Perahu dan seperti biasa beliau
mengupas tanggungjawab umat Islam menolak kepimpinan yang zalim.
Tetapi
kupasanya di salah taksirkan sebagai usaha 'mengguling' kerajaan BN dan
menganggap isi khutbah itu berniat untuk menghasut.
Akibatnya
pada 2 Julai lalu, Ustaz Abdulah Khairi ditukar serta merta ke sebuah
sekolah di Pulau Ketam, Selangor dari Sekolah Menengah Seri Muda,
Penaga, Kepada Batas.
Beliau
selain bertindak pemberi motivasi kepada para pelajar juga mempunyai
kebolehan menyampaikan motivasi kepada kakitangan kerajaan dan swasta
sehingga beliau digelar 'Ustaz Laptop' kerana menjadikan kaedah
penayangan sebagai alat bantuan penerangan.
Kini,
walaupun bertugas di Pulau Ketam namun boleh dikatakan setiap minggu
beliau mempunyai jadual kuliah, motivasi dan sebagainya di sekitar utara
semenanjung.
Sementara
itu, Ustaz Abddulah Khairi ketika dihubungi juga bersedia memaafkan
mereka walaupun dirinya menjadi bahan politik sempit golongan tertentu.
-harakahdaily
inilah budaya kita kata umnporno kot ! atau salah satu dari nasihat parti sekutu apco ? ABU saja penyelamat negara !
ReplyDelete