Ketirisan
(bahasa lemah lembut untuk rasuah, korupsi dan pembaziran) di Malaysia
berjumlah RM26 bilion sahaja, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Chor Chee Heung semasa sesi soal jawab sewaktu debat di antara
Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek baru-baru ini.
Walau pun ‘ketirisan’ wang negara RM26 bilion, lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, tak tulis apa apa pun. Yang Utusan mainkan ialah menyerang kerajaan Pakatan rakyat Selangor dengan isu Talam, kononnya berlaku rasuah tapi tak dapat dibuktikan sampai sekarang, yang akhirnya makan diri sendiri.
Itulah bagai dikata, “kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak” atau buat-buat tak nampak? Nak tutup pekung sendiri, dijaja cerita sana sini.
Apa nak jadi dengan kerajaan BN, hidup pun dengan duit cukai rakyat. Sedarlah sikit.
Alahai Utusan, cedok sana cedok sini tak ada modal
Elok tak ada angin, tak ada beruk, tak ada pokok pun yang bergoyang, tiba-tiba Utusan muntahkan pula cerita DAP nak bertanding 90 kerusi Parlimen. Aduhai lah sayang….
Kata Mahfuz, “Ini mengarut!”
Kata Lim Kit Siang; Utusan Malaysia “akhbar pembohong”.
Tak payah Kit Siang dan Mahfuz kata pun, kita semua dah naik jelak dengan Utusan. Peganglah pada fakta dan realiti. Jangan ingat pandai kononnya nak gaduhkan PKR dan PAS dengan DAP, atau nak bangkitkan kemarahan Melayu terhadap DAP yang sudah dicop sebagai parti kaum Cina oleh Utusan.
“Sekarang, propagandis UMNO telah melakukan kempen menakut-nakutkan rakyat untuk menyemarakkan rasa curiga dan saling tidak percaya antara kaum.” Benar kata Kit Siang.
Melayu pun Utusan hentam
Tak habis isu fitnah Selangor, Pulau Pinang dan DAP, Utusan hentam Kelantan pula dengan mendakwa ‘emas Kelantan dirompak’ dan rugi jutaan ringgit sebab perlombongan emas haram. Seolah-olah kerajaan negeri tak buat kerja. Oh, maknanya jenayah yang makin berleluasa sekarang ni sebab pihak polis tak buat kerjalah. Bukan kita kata, itu tafsiran Utusan.
Habis tu, bagaimana pula dengan puluhan juta hasil balak yang berjaya dikutip kerajaan PR negeri Kedah. Masa akhir zaman BN tahun 2007, mereka cuma dapat kutip hasil RM7 juta sahaja. Tapi di bawah kerajaan PR diterajui Ustaz Azizan Razak, tahun 2010 kerajaan negeri dapat kutip RM53 juta.
Kenapa Utusan tak mahu highlight semua ni? Letaklah di muka utama, “Kerajaan Melayu Kedah berjaya tingkat hasil balak” Katanya bangga sangat dengan ‘Melayu’.
Dulu ada menteri UMNO kata jangan percaya sangat dengan media baru.
Blog-blog ni banyak pembohong, kata dia. Tapi sekarang, mereka yang
kutip dan jilat semula apa yang telah diludahkan. Tengok sajalah budaya
kurang ajar para bloggers upahan UMNO. Tragis!
BAB PORNI NI TAK BOLEH LAWAN HARAKAHLAH.
ReplyDeleteIKLAN UBAT KUAT DIA...
HE! HE! HE!
Hanya ahli umporno n melayu berjiwa hamba aje yg masih baca utusan meloya ni.....
ReplyDeletebetul tu.bodoh betul umno ni.dah la dulu buat konsert kpop hari belia.ni ada sekor lagi plak nak buat
ReplyDeletejom reramai kita bantah konsert mtv ni oleh kerajaan selangor
http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/07/selangor-promosi-berbuka-puasa-bersama.html
dah tak ada idea pencacai umporno, bagi link fitnah
ReplyDeletejgnlah tebang pokok balak...semata2 nak duit, pastu gantikan dgn pokok2 k.sawit....rosak ekologi, xkiralah BN atau PR, hentikanlah pembalakan...you build the nation but destroy the world...
ReplyDelete