GEORGETOWN-Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan
menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan
Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang
dilaporkan media.
Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong
sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan
penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.
Mansor berkata,kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Ketua Menteri
Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi
gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.
“Saya tidak pernah
menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari
sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya.
"Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan
didalan blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan
jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan
cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menter,”
katanya pada sidang media, hari ini.
Turut hadir, Guan Eng, Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Salleh Man dan
beberapa kepimpinan Kerajaan Negeri.Dalam pada itu,
Mansor menegaskan
bahawa tidak ada langsung mesyuarat strategi parti sepertimana yang
dilaporkan media sebaliknya pertemuan berkenaan adalah satu perjumpaan
biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja.
“Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara
berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.“Jadi tidak ada
minit mesyuarat tersebut,” katanya. ~sinarharian
Pemimpin2 PR usah layan perkara sebegitu, tak logik dalam suasana hampir PRU akan keluarkan perkataan mcm tu. tu adalah untuk sabotaj perhubungan baik antara PKR, DAP. Untuk pecah belahkan hubungan dgn tujuan perpecahan undi. Itulah caranya yahudi memecahbelah hubungan antara negara dgn tujuan menjatuhkan sesuatu kerajaan. Sifat dan cara yahudi telah meresap dalam UMNO dan blogger2nya..
ReplyDelete