KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Dengan pilihan raya yang semakin hampir,
Pakatan Rakyat (PR) kini mula mencorakkan permainan mereka dengan
menekan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding melalui polisi,
berbanding polemik, yang mana melihatkan apa keupayaan dan tawaran
kerajaan alternatif berkenaan di bawah pentadbiran mereka, kata
penganalisis.
Gabungan kerajaan antara PKR, DAP dan PAS, dahulu pernah bercanggah
pendapat dan ideologi, kini mula mengorak langkah seiring menuntut
perubahan polisi untuk memantapkan ekonomi rakyat Malaysia, dengan
kepercayaan pilihan raya kali ini bakal menyaksikan menang kalah mereka
berkenaan ekonomi.
Rencana permainan mereka mula meliputi janji pendidikan tinggi
percuma untuk semua rakyat Malaysia, pentadbiran bebas rasuah, harga
bahan api yang lebih murah, penurunan harga kereta, dan kesamarataan
pendapatan antara Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia.
Ibrahim
Suffian dari Merdeka Center berkata PR jelas cuba membuktikan keupayaan
mereka mencadangkan perubahan polisi-polisi berkenaan perkara yang
mereka sedar akan memberikan kesan terhadap ekonomi rakyat biasa.
“Mereka mula beralih daripada polemik politik seperti menimbulkan
isu,” katanya, menambah PR kini mula membayangi BN berhubung isu
“integriti, ketelusan dan tatakelola kerajaan yang baik.”
Membandingkan pemberian “one-off” kerajaan BN melalui pemberian wang
tunai secara terus dan campurtangan dalam pasaran seperti “Kedai Rakyat 1
Malaysia (KR1M)”, katanya, cadangan PR lebih menjurus kepada perubahan
polisi yang akan memberikan kesan lebih besar kepada pengundi.
Wan Saiful Wan Jan, pengarah eksekutif think tank IDEAS,
bersependapat dengan Ibrahim bahawa PR kini mula mendesak BN ke arah
perdebatan polisi, menambah ia merupakan gerakan positif untuk mengubah
politik berdasarkan “keupayaan peribadi, perkauman, dan isu agama.”
Beliau menjelaskan janji-janji PR telah dilabel sebagai populis
secara dasarnya namun ia sudah dijangka oleh mereka berdasarkan
perpisahan politik.
“Tiada pihak yang boleh mengambil kira perbandingan moral,” katanya
menambah kaedah pemberian wang tunai yang dilaksanakan BN dan KR1M
adalah contoh tidak sihat “populis yang akan memberikan kesan buruk
kepada negara untuk jangka masa panjang.”
BN telah memberikan wang secara terus kepada rakyat seperti baucer
buku, RM500 wang tunai untuk kumpulan berpendapatan rendah, Bantuan
Rakyat 1 Malaysia (BR1M); dan KR1M yang menjual barangan keperluan
harian pada harga diskaun.
Wan Saiful menegaskan sokongan untuk cadangan PR memansuhkan duti
eksais kereta, namun melabelkan cadangan “pemansuhan bayaran untuk
pengajian tinggi” sebagai langkah dan tidakan populis yang “teruk” yang
bakal menyaksikan rakyat akan terus bergantung kepada kerajaan.
Prof Dr Jayum A. Jawan, professor kerajaan dan politik dari UPM,
bagaimanapun berkata PR tidak perlu memberikan janji-janji realistik
kepada pengundi pada masa sekarang, namun lebih kepada “harapan” untuk
masa depan lebih cerah dalam pentadbiran mereka.
“Yang lebih penting adalah untuk menawarkan harapan. Selepas menang,
hanya tunaikan (janji-janji), itu adalah proses politik,” katanya kepada
The Malaysian Insider.
Beliau menambah, rakyat akan menolak PR sekiranya mereka gagal
melaksanakan segala janji yang dibuat, namun menegaskan, kerajaan perlu
melaksanakan tugas daripada mencipta janji.
“Jika BN mahu selamat, mereka jangan berjanji, kerana mereka adalah
kerajaan; mereka perlu bertindak, kemudian hanya rakyat Sabah dan
Sarawak akan bersama mereka,” katanya.
Beliau menegaskan, Malaysia Timur, terutamanya golongan pengundi
menerima baik cadangan terbaru PR untuk memansuhkan polisi yang mana
akan menurunkan harga barangan di Sabah dan Sarawak.
Ibrahim turut berkata “adanya kepercayaan rancangan kerajaan lebih bagus daripada pelaksanaan.”
Beliau turut menjelaskan PR mahu menunjukkan “mereka bekerjasama
sebagai satu kumpulan berbanding secara individu,” dan berkata,
pembangkang bersatu untuk mendedahkan skandal.
“Mereka (PR) sepertinya merancang agenda untuk pilihan raya,” katanya
menambah “bila pengundi mengundi, mereka tidak hanya melihat isu, tapi
juga polisi.”
No comments:
Post a Comment