KUALA LUMPUR: PAS melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi menghadapi Pilihanraya Imum ke-13 (PRU13).
Kenyataan tersebut disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar apabila 'task force' rasmi yang terdiri daripada perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.
"Melihat kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi mengadakan PRU13.
"Tekanan itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa," jelasnya sewaktu majlis berbuka puasa di sebuah hotel semalam.
Mahfuz yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Katanya lagi, faktor kesuntukkan masa iaitu sambutan kemerdekaan, musim haji dan juga peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah juga antara sebab utama PRU13 dibawa ke tahun hadapan.
"Sudah pasti pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji kerana rakyat negara ini akan keluar untuk menunaikan haji dan begitu juga musim peperiksaan yang mana ibubapa akan lebih tumpukan kepada peperiksaan anak mereka.
"Jika Najib ingin mengadakan pada musim peperiksaan ia akan menimbulkan kemarahan kepada ibubapa, malah peglibatan guru-guru dalam menguruskan peperiksaan juga akan turut terganggu," sambungnya.
Menurutnya, kerajaan akan menggunakan sebaik mungkin belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.
"Sokongan rakyat sudah semakain menurun dan saya pasti Najib akan menggunakan sepenuhnya kelebihan senjata terakhir mereka pada belanjawan kali ini untuk menarik undi rakyat.
"Apatah lagi senario perubahan yang besar akan berlaku di Sabah, Najib dijangka bertindak luar biasa kepada rakyat di sana.
Sebelum itu, menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat turut mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.
Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.
perisik pun lapor dekat aku, kerajaan pas kelantan akan tumbang sebab mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam isu air bersih, bazar tok guru, dinar kelantan, kohilal dan perlantikan jawatan. mana satu betul ni?
ReplyDeleteanoy 0659, lu pya lapuran perisikan lapuran perisikan taik kucing, lu ingat melayu kelantan mcm melayu johor n pahang ke 'umporno totok' jenis melayu subsidi, berjiwa hamba ...... terima tanpa fikir semua agenda BN/Umporno....
ReplyDeleteho..kuat mengatakan najeb akan menggunakan sepenuh masa dia dapat mandat...
ReplyDeletewaima perhimpunan UMNO pon akan ditangguhkan pemilihannya buat kali kedua...alasan:mengelakkan perpecahan..
sian penyokong Pakatan ni...belajar2 lah terima hakikat..tak payah la nak kutuk UMNO...sekurang2 nya tangguh PRU dapat jugak juak2 ko makan gaji buta lama sikit..ye tak? Keje tak buat, asyik kondem org lain...esok2 jawablah..
ReplyDeleteTQ
najib buat undang nak kawal komen2 diinternet...tapi tak jadi..ditarik balik...sbb bengang sgtlah tu... dilepaskan lembu-lembu dia kesini pulak....syuhh...syuuuhhhh..syuhhhhhihihihihi...
ReplyDelete105 responden dalam minggu ni yang aku tanya semua kata yes pada BN...mane punya laporan perisikan yang bagitau kau..??? syok sendiri kot...
ReplyDeletedalam 105 responden aku servey pilih BN...mana punya perisik yang ko pakai?? syok sendiri kot..
ReplyDelete- ANTI putar fakta.
memang la sokong bn sebab ko tanya orang gila kat tanjung rambutan
ReplyDelete