PARIT BUNTAR, 17 Ogos :
Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Pesuruhjaya
PAS Perak yang juga bakal calon DUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin dan
pimpinan PAS Parit Buntar telah meraikan anak yatim di majlis iftar
perdana di sini.
Pengerusi Ehya Ramadhan Ahmad Azhar Sharin berkata, majlis ini dianjurkan oleh PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat
Ahli Parlimen Parit Buntar bagi meraikan anak-anak yatim,
guru-guru PASTI dan murabitun.
" Lebih dari 700 orang telah hadir di dalam majlis tersebut yang turut
disertai oleh oleh PAS kawasan yang berhampiran seperti kawasan Bagan
Serai dan Larut.
" Sumbangan telah diberi kepada
anak-anak yatim, petugas-petugas parti, guru-guru PASTI dan juga petugas
media yang sering melaporkan aktiviti PAS kawasan atau Pusat Khidmat
Parlimen Parit Buntar" katanya
Ahmad Azhar berkata, majlis ini merupakan acara kemuncak program Ehya Ramadhan PAS Parit
Buntar bagi tahun 2012 ini.
" Dana ramadhan yang disumbangkankan oleh
orang ramai pada tahun ini melebihi RM 90,000. Kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan
yang sentiasa memberi sumbangan mereka pada setiap tahun.
" Derma tersebut digunakan untuk membantu
fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal,guru-guru al- quran dan pesakit di
hospital dalam parlimen Parit Buntar"katanya
Majlis ini turut dihadiri oeh
YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau, YB Ustaz Husin Din ADUN Selinsing,
YB Ustaz Ramli Tusin ADUN Semanggol, Hj Othman Maseri, Bendahari PAS
Perak, AJK PAS Parit Buntar, AJK Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dan
Nisa Parit Buntar. MKA
No comments:
Post a Comment