Minggu lepas Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air
Selangor yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin membenarkan Kerajaan
Selangor melaksanakan skim penstrukturan semula bekalan air.
Semalam pula, Pengerusi Eksekutif Syarikat
Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail menyatakan SYABAS sedia
duduk semeja dengan kerajaan negeri Selangor bagi memastikan isu air dapat
diselesaikan.
Menggelabah UmnoBn...! Agaknya mereka sudah dapat maklumat bahawa Kerajaan negeri
Selangor sedang mengatur langkah untuk mengambilalih 4 buah syarikat konsesi
air di Selangor.
Kebijaksanaan Tan Sri Khalid Ibrahim
Satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Negeri
Selangor Muhammad Khusrin Munawi telah ditubuhkan untuk memuktamadkan rancangan
untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air di Selangor menjelang bulan
depan, kata Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim.
Keempat-empat syarikat adalah Syarikat Bekalan Air Selangor
Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai
Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS.
Pengambilalihan itu akan dilakukan berdasarkan nilai pasaran
yang paling munasabah, Khalid Ibrahim berkata dalam satu kenyataan di sini hari
ini.
"Jika pemegang konsesi menolak harga yang ditawarkan,
mereka boleh mengambil perkara itu kepada badan bebas yang akan menentukan
harga yang sesuai. Kerajaan negeri akan
mematuhi keputusan yang dibuat oleh badan bebas tersebut," katanya.
Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga akan mengemukakan
cadangan kepada Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), Pengurusan Aset Air
Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memastikan
bahawa aset pajakan proses air dan pengambilalihan liabiliti industri air di
negeri ini diselesaikan secara serentak.
Pada masa yang sama, beliau berkata aktiviti pemantauan yang
ditubuhkan oleh jawatankuasa pemantauan bekalan air pada Syabas akan diteruskan
seperti biasa.
Saya rumah tinggilah tak larat nak angkut air...kalau Unisel boleh bagi cuti...atau syarikat air nak hantar air kat rumah...kalau macam tu...bolehlah cuba....
ReplyDeletebest betul tinggal dekat selangor skrg ni. yahoo!! tak lama lagi dapat merasa air karat jenama tok guru diperkaya dengan e coli macam dekat kelantan!
ReplyDeleteohh God i pray to You,Hope that BN will take over Selangor..God Bless BN and Malaysia.
ReplyDeleteair karat pun masjid penuh,istana sultan pun dah ada solat sunat berjamah. banding negeri lain ada ke?
ReplyDeletekomen kedua & ketiga tu setaraf dgn keldai..Allah bagi otak supaya berfikir tapi tak nak pakai.. Ya Allah..bukalah pintu hati mereka utk menerima kebenaran..Amin
ReplyDeletekalau dah kena nasi kangkang beend tu payah la...nak sedar...semoga hampa jumpa jugalah jalan yang lurus.............
ReplyDelete