Friday, August 31, 2012

PENING NAJIB!!! Pos Laju pun guna logo Merdeka Pakatan


Apakah yang anda nampak dan anda percaya bahawa sebuah agensi separa kerajaan pun sudah iktiraf logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa"?

Jelas apabila anda melayari laman sesawang POS Malaysia di
www.poslaju.com.my anda akan perhatikan logo Pakatan Rakyat yang keluar dan bukannya logo tangkap muat serta ciplak yang direka budak-budak upahan Rais Yatim.

Nampaknya 'perang saudara' bakal berlaku dalam Barisan Nasional (BN) sendiri terutamanya dalam Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang diketuai sendiri Rais dengan agensi di bawahnya seperti POS Malaysia.


Pasti akan ada arahan supaya logo kemerdekaan Pakatan Rakyat tersebut akan digantikan dengan logo 1Malaysia yang sudah mula diketepikan rakyat yang cerdik pengetahuan dan sudah muak dengan janji-janji palsu kerajaan yang kununnya Janji Ditepati.


Rais Yatim yang baru bernafas lega seketika setelah selesai sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka pagi tadi kini berdepan dengan penjelasan daripada Najib Altantuya bagaimana ia boleh berlaku dalam agensi kerajaan sendiri!


Nampak gayanya, lambat lagilah Najib Altantuya nak bubar parlimen ekoran insiden yang memalukan Rais Yatim sendiri?


Hanya Bik yang tahu jawapannya!


JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment