Tuesday, August 21, 2012

PENING!!! Pemuda UMNO Malaysia yang bukan Pemuda UMNO Malaysia

Ketua pemuda umno si khairy jamaluddin dah nafikan.

"Saya menyedari kewujudan laman sosial palsu tersebut pada Sabtu lepas yang meletakkan profilnya sebagai 'Pemuda Umno Malaysia' dan mengeluarkan satu paparan poster berbaur hasutan dengan tulisan "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you'.
"Insiden sebegini bukan sahaja boleh memecah-belahkan rakyat tetapi juga membuahkan fitnah dan imej salah kepada Pemuda Umno," katanya selepas membuat laporan itu pada pukul 4 petang di Balai Polis Tun H.S Lee di sini Isnin.
Laman sosial itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin Umno khususnya dari Selangor.
Mengulas mengenai laman facebook tersebut, Ibdilillah berkata, Pemuda Umno sememangnya memiliki laman facebook milik pergerakan itu yang sah namun tidak aktif.
"Petang tadi, bila saya periksa semula akaun facebook tersebut, ia sudah tiada. Tetapi saya sempat mengambil gambar 'screen shot page' facebook itu dan berikan pada polis untuk siasatan," katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak perbuatan itu dilakukan untuk menjatuhkan Pemuda Umno serta mempunyai kaitan dengan bahang pilihan raya akan datang -MSTAR-

Isu.

1. Wall page pemuda umno malaysia update benda kat bawah neh. Untuk rekod benda neh mula2 aku nampak di sebarkan oleh penyokong2 umno tegar. Aku tak ingat sapa tapi aku takley share so aku save gambar neh then aku upload kat page saya benci barang naik. Rujuk sini.


2. Dah berapa lama tah berlalu then PEMUDA UMNO MALAYSIA upload di wall page dorang. Rujuk sini.

3. Then respon balas dari KJ. Depa nafikan. Baca ayat di atas. Yang kelakar tue, page tersebut dah lama wujud. Sejak tahun 2010 tak silap aku. Baca lah komen2 lama di page dorang maka korang akan nampak apa yang aku nampak.  Seme nya update pro umno dan anti pr. Takan dah dekat 50k fans baru nak perasan menyamar der?

4. Tapi KJ cakap fp tersebut takde kaitan dengan depa. Fans dekat 50k ke atas beb. Yang rasmi punya pun kalah. Ini ke yang kj cakap mesra media sosial?

kah kah kah

5. Aku boleh faham memang ada kemungkinan fanpage tue bukan wakil rasmi pemuda umno malaysia. Aku pun boleh faham kenapa KJ marah. Tapi yang aku tak faham admin page tersebut. Dah terang2 report polis dibuat terhadap dia pasai pa dia tetap sokong umno juga? Macam takde maruah diri. Rujuk sini.

6. Ada yang cakap fp tersebut memang rasmi. KJ sekadar berlakon jek tue. Aku tatau. Yang aku tahu tiada tindakan dari polis confirm memang umno punya kerja. Ada tindakan dari polis, separuh confirm umno punya kerja. Maksudnya ada atau tiada umno tetap kena sebab seme taktik2 dorang aku dah mahir.

So sekarang kita sama2 tunggu. Ya atau tidak fanpage tersebut ==>  beliau tidak menolak perbuatan itu dilakukan untuk menjatuhkan Pemuda Umno serta mempunyai kaitan dengan bahang pilihan raya.

Hehehehe.. 

UMNO nak jatuhkan UMNO ek? Good. Senang kerja orang2 PR.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz24DSKWOZR

2 comments:

  1. LEMBU KONDO KOT PUNYA KELIJA ;)

    ReplyDelete
  2. Tu memang FB Pemuda UMNO sbb baru aje awal minggu ni aku terima msj dari sorg puteri UMNO, dia mengatakan kenapa nak sokong PR, nanti PR ubah Malaysia jd negara Kristian..

    ReplyDelete