Friday, August 10, 2012

PRU 13 LEPAS HARI RAYA!!! Najib tiada pilihan, tidak boleh ditunda lagi


Walaupun mendapat respon negatif, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk mengumumkan pilihan raya umum pada bulan September. Menurut pemerhati Umno, Najib tidak mampu untuk meyakinkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad kewajaran untuk menunda tarikh pilihanraya lagi.

"Tidak kira apapun provokasi, PRU ke-13 ditetapkan selepas Hari Raya kerana mood pada masa itu adalah sesuai," kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Ramai penyokong Umno termasuk akhbar dan media pada minggu lalu meramalkan bahawa pilihan raya umum ke-13 akan ditunda paling awal pada November selepas musim haji pada bulan Oktober untuk memberikan masa yang cukup supaya Najib berkesempatan untuk mengedarkan ‘gula-gula’ yang dijangka akan diumumkan dalam Belanjawan 2013 pada 28 September nanti.

Antara alasan yang diberikan adalah kejutan baru-baru ini oleh dua orang Ahli Parlimen BN Sabah yang mengumumkan keluar parti dan penangkapan secara tiba-tiba pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pagi tadi kerana membongkar penglibatan pemimpin Umno dalam rasuah RM250 juta NFC.

Panglima UMNO tidak mahu menunggu lagi

Tetapi, nampaknya, desakan dari dalam Umno untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin mengatasi faktor lain.

Ketua bahagian dan para pemimpin tertinggi yang sering dirujuk sebagai panglima Umno sedang kesuntukan dana untuk menjalankan operasi parti dan memerlukan suntikan baru yang telah diketepikan Najib untuk PRU ke-13.

Oleh itu, desakan untuk pilihanraya - paling awal hanya boleh diadakan pada bulan September selepas Najib mensia-siakan masa-masa yang lebih sesuai untuk membubarkan Parlimen iaitu pada bulan November 2011, Mac / April 2012 dan Jun / Julai 2012.

Apabila Najib yang telah berusia 58 tahun itu mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009, dia memiliki empat tahun sahaja bagi tempoh mandat lima tahun yang diberikan oleh pengundi dalam pilihan raya umum 2008. Walau bagaimanapun Najib telah menjanjikan pembaharuan dalam kerajaan agar menjadi ' bebas rasuah’, namun dia telah gagal untuk memenuhi sasaran yang ditetapkan.

Sebaliknya keadaan semakin teruk, termasuklah dari segi ekonomi, polarisasi kaum, jenayah yang semakin meningkat, rasuah dan kembalinya kerajaan kepada sifat authoritarian yang semakin nyata.

Contohnya, perintah untuk menahan Rafizi telah menjadikan dia lebih teraniaya daripada pemimpin pembangkang itu sendiri, yang kini telah mendapat status 'hero' kerana keberaniannya mendedahkan salah laku pemimpin Umno. Penangkapan juga menyokong persepsi awam bahawa amalan rasuah UMNO tidak boleh dimaafkan lagi dan semua pemimpin-pemimpinnya telah berganding bahu dengan Najib untuk menghentikan Rafizi daripada mendedahkan lebih banyak rahsia mereka.

Faktor Sabah

Populariti Najib juga telah digugat sekali lagi walaupun usaha kuat untuk meningkatkan populariti dirinya dengan pelbagai ‘program berjumpa rakyat' dibuat diserata negara. Pada bulan Jun, ia jatuh kepada 64% daripada 65% pada bulan Mei dan 69% pada bulan April. BN telah menunjukkan prestasi yang lebih teruk, dengan jatuh ke paras terendah iaitu 42% dan pengundi Melayu merekodkan penurunan dalam sokongan yang paling besar.

Hujung minggu lalu, Najib telah diberi satu lagi tamparan apabila dua Ahli kanan Parlimen BN meletak jawatan untuk menjadi ahli parlimen Bebas yang memihak kepada Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lajim Ukin dan Wilfrid Bumburing, penyokong kuat BN di Sabah, dijangka akan disertai oleh rakan-rakan lain seawal minggu depan.

"Tiada apa yang Najib boleh lakukan lagi. Sudah terlambat, rakyat tidak percaya apa yang dikatakannya. Apa sahaja ancaman Najib dan BN untuk pilihan raya akan datang tidak akan menghalang rancangan pemimpin-pemimpin Sabah yang lain untuk meninggalkan BN. Jika tidak, pengundi di kawasan mereka tidak akan mengundi mereka, "Chua Jui Meng, naib presiden PKR, berkata kepada Malaysia Chronicle.

Tertekan akibat 'bencana yang bakal berlaku’

Pemerhati merujuk kepada Najib yang sedang kalah, melancarkan majlis 1M4U atau 1Malaysia untuk Anda baru-baru ini dengan suara yang terketar-ketar. Program yang dikhaskan untuk belia ini mensasarkan pengundi muda. Acara ini telah diadakan serentak apabila Anwar sedang mengumumkan pakatan politik baru di Sabah yang objektifnya adalah untuk memecahkan cengkaman politik BN di sana.

"Dia pasti telah merasakan bencana yang bakal berlaku kepada BN," tambah Jui Meng.

-/ Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment