KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Pakatan Rakyat (PR) yakin akan
menambah lima kerusi di negeri Melaka — empat kerusi dewan undangan
negeri (Dun) dan satu kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke 13
akan datang.
Menurut sumber dari PKR, empat kerusi Dun yang bakal dirampas dari Barisan Nasional (BN) adalah Duyong, Klebang, Paya Rumput dan Machap.
"Kerusi Duyong dan Klebang akan ditandingi oleh DAP manakala Paya Rumput dan Machap pula, PKR akan meletakkan calon.
"Bagi kerusi parlimen pula, PKR yakin akan merampas Bukit Katil dari BN," kata sumber tersebut lagi.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin yang juga berasal dari negeri Melaka akan diberi tanggungjawab besar tersebut dan jika berjaya, akan menjadi kerusi parlimen pertama bagi PKR di Melaka.

"Shamsul sudah mula turun padang di kawasan Bukit Katil semenjak dua tahun lalu.
"Nampaknya kali ini PKR akan meletakkan tokoh nasional di Melaka," katanya.
Pada pilihan raya 2008, Shamsul bertanding di kerusi parlimen Dungun dan kalah kepada calon BN.
Setakat ini, PR hanya mempunyai satu kerusi daripada enam kerusi parlimen di negeri Melaka iaitu di kerusi Kota Melaka yang dimenangi oleh DAP pada PRU 2008.
Jika Shamsul berjaya, BN hanya tinggal empat kerusi parlimen di negeri yang menjadi kubu kuat gabungan tersebut semenjak pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1955.
Cakap-cakap telah kedengaran perdana menteri (PM) mahu menukar hampir kesemua calon menteri besar (MB) dan ketua menteri (KM) bagi BN dan Datuk Seri Ali Rustam yang begitu kuat di Melaka tidak terlepas dan bakal dibawa ke pusat.
Ahli parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron disebut-sebut sebagai pengganti kepada Ali.
Melaka mempunyai 28 kerusi Dun dimana BN menguasai 23 kerusi dan PR (kesemuanya DAP) memenangi 5 kerusi dalam PRU 2008. Sementara daripada enam kerusi parlimen, PR hanya memenangi satu kerusi di Kota Melaka dan selebihnya BN.
Jika menang lagi empat kerusi, PR akan mempunyai sembilan kerusi dan BN hanya tinggal 19 kerusi Dun di negeri Melaka.
Walaupun masih memegang pemerintahan Melaka, Dun negeri tersebut akan bergegar dengan pertambahan suara pembangkang.
Negeri-negeri di Selatan Semenanjung Malaysia, yang selama ini menjadi kubu kuat BN menjadi sasaran PR seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
PAS serius untuk bertapak di Johor dan telah mengumumkan naib presidennya, Salahuddin Ayub untuk mengetuai PR bagi menyerang negeri kelahiran musuh tradisi mereka iaitu Umno.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membubarkan parlimen pada tahun hadapan bagi memberi laluan kepada PRU 13.
Sebelum ini, Najib pernah berkata, beliau yakin BN akan menawan kembali semua negeri yang terlepas ke tangan PR dan akan menggembalikan majoriti dua pertiga yang mereka hilang pada tahun 2008.MI

lagi artikel syok sendiri...
ReplyDeleteha.ha..
aku sendiri kalau dah pendek+tak hensem+tak tau nak mentadbir+syok sendiri(sama mcm bloger PASPB), rasa segan nak jadi pemimpin..n bagi org tangkap gambo pun...malu. Pulak tu ada hati nak tawan negeri aku (kampung aku)...udah2 lah syok sendiri...aku singgah blog ni pun saje nak tengok kualiti..takpe biar aku tambah HIT Count pun jadi la kan...ha.haa.
ReplyDeleteTQ
ko umporno tak datang pun tak pe. buat busuk blog je
ReplyDeleteDAP dengan pkr je? kami orang pas macam mana? takkan nak suruh kitaorang jaga parking dengan baring atas jalanraya lagi. boring lah.
ReplyDeleteumporno meroyan mengaku orang pas. sebenarnya belaci MCA
ReplyDeleteYeayy, pastikan Pakatan tawan Melaka next PRU. BN tak guna. Melaka suatu ketika dahulu adalah pangkalan API kedua terkuat di Malaya selepas Perak menurut Ahmad Boestamam. Darinya, lahirlah pejuang2 berwibawa seperti Karim Bakar. Tapi British dan UMNo sebagai macai British telah isytihar darurat dan menangkap dan menekan pejuang2 di Melaka. Jadilah melaka lemah tanpa pejuang2 berwibawa hinggalah sekarang.
ReplyDeleteSayugialah kalau Pakatan dapat tawan balik Melaka pada PRU-13 demi mengembalikan kegagahan Melaka Darul Azim sepertimana yang disebutkan oleh Ahmad Boestamam.
Rakyat2 Melaka yg berjiwa pejuang, sokonglah Pakatan demi mengembalikan kegagahan Melaka di era 40-an yg lampau! Pemerintahan yg berasaskan Islam dan bersih akan melahirkan rakyat2 yg kuat jiwanya dan tinggi wibawanya, serta teguh menghadapi rempuhan musuh!!!!!!