Friday, August 10, 2012
TAK TAHU APA-APA!!!Apa yang Shahrizat tahu?
Ketua Wanita Umno-APCO, Shahrizat Jalil akhirnya mengaku hari ini bahawa beliau tahu tentang projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dipengerusikan suaminya.
Isnin lalu, bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu beriya-iya menafikan beliau tidak tahu menahu tentang projek tersebut, malah mengatakan tidak menjaga urusan kerja suaminya.
“Saya dapat tahu tentang NFC melalui suami (Mohamed Salleh Ismail) dan media,” kata Shahrizat.
“Dalam tahun 2006 hingga 2007, suami saya minta anak-anak pulang dari luar negara untuk bantu urus projek,” katanya.
“Bila suami beritahu dia nak anak-anak bantu bina ladang, masa itu baru saya tahu tentang projek NFC,” jelas Sahrizat lagi.
Beliau juga beberapa kali mengelak menjawab soalan peguam pembela, Ranjit Singh.
“Jika keluarga menteri dapat keuntungan dari projek kerajaan, adakah menteri itu juga akan dapat untung?” soal Ranjit.
Shahrizat bagaimanapun enggan menjawab soalan tersebut.
Jawapan Shahrizat semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes itu pagi tadi mendapat reaksi pimpinan KEADILAN termasuk Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang juga saksi dalam kes ini.
“Mahkamah keluh kesah (orang Umnolah yang gelisah) bila Kak Jat (Shahrizat) bagi keterangan dia tak tahu anak dia kerja apa walaupun kerja dengan suaminya,” tulis Rafizi dalam twitternya.
Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut mengkritik sikap dolak dalik Shahrizat itu.
“Keluarga itu cukup berahsia, dia tak tahu suaminya kerja apa, anaknya kerja apa dan suaminya juga mungkin tak tahu dia Menteri,” kata Badrul yang lebih dikenali Chegu Bard ketika membalas tulisan rakan twitternya.
Sementara itu, Setiausaha Wanita, Juwairiya Zulkifli mempersoal tindakan Ketua Wanita Umno itu kerana memberikan jawapan berbelit-belit.
“Kak Ijat cakap terlalu berhati-hati sampai terjerat sendiri…Cakap saja terus terang apa yang dia tau! Tak payah nak reka-reka.
“Kak Ijat ni jawab flip flop dan tak faham-faham soalan peguam,” kata Juwairiya lagi.
Dalam perbicaraan pagi tadi, Shahrizat Jalil didapati tertekan ketika berhadapan peguam bela, Ranjit Singh.
“Saya rasa situasi tadi telah meletakkan Shahrizat dalam keadaan tertekan,” kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin ketika ditemui.
Shahrizat juga dilihat bingung untuk menjawab soalan hingga terserlah perwatakan beliau sebagai seorang ibu yang tidak peka terhadap kehidupan suami dan anak-anak.
“Saya tahu anak saya bekerja dengan suami saya, tapi apa yang mereka buat dan ke mana (mereka pergi) saya tidak tahu,” kata Shahrizat.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, situasi kes berlangsung tadi merupakan satu permulaan yang baik bagi perjalanan kes itu.
“Peguam telah melakukan kerja yang baik, seronok melihat prosiding tadi,” katanya.
19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Rafizi sebanyak RM100 juta berhubung projek kontroversi NFC.
Ia berikutan pendedahan KEADILAN berhubung dana RM250 juta untuk penternakan lembu itu disalah guna keluarga Shahrizat.
Ia termasuk membeli lima kondominium di Singapura dan Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, kereta mewah dan pelbagai transaksi meragukan.
Shahrizat dalam samannya mendakwa, Zuraida dan Rafizi telah memfitnah dan memburuk-burukkan beliau.
NFC dipengerusikan suaminya Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham ‘preference’ dipegang kerajaan Malaysia.
Mahkamah menetapkan perbicaraan kes disambung 18 September depan.
respect, sanggup meletak jawatan setelah menghadapi pertuduhan. bukan macam sorang tu, video balun china doll tersebar pun, still pegang jawatan
ReplyDeleteIsu dia ialah adakah Shahrizat Jalil terlibat dlm pemberian tender tersebut kpd suami beliau? Bab tu jelas beliau tak terlibat dan takde campurtangan dlm urusan syarikat. Ttg tahu tak tahu kegiatan suami, itu dah hal lain la ngong.
ReplyDeleteanon 06:24... kepala ayah kau...apa bukti yg kau ada pada video tu...babi sial anakharamjadah pukimaik kau....kalau orang buat mak kau dgn negro main kau percaya lah ye?????? kau ni memang dasar anak haramjadah!!!!!!!!fuck ur mother la....pasal si betina lembu ni pulak...kepala ayah kau...sial babi hanjing haramjadah kau...x kan la kau tak tau anak beranak kau ada jawatan dlm NFC tu...nampak sangat lembab mcm lembu...jangan nak tipu la...dah naik mahkamah tu...srtandby la masuk penjara pas ni...bodoh..makan duit rakyat...sial hanjing.......
ReplyDeletekasihan kak ijat....cerita die mcm cerita ahmad albab laa.....laki dia bawak duit byk2....kater bisness...rupernyer perompak...hihihihi....jadi laki kak ijat nie perompaklah...perompak duit rakyat...waduhhh maling rupanya........kak ijat...kak ijat...jgnlah berbelit-belit cakap tu......nanti terbelit leher diri sendiri.....mampuuuusssss.......
ReplyDeleteanon 06:24 buduh nak mampus. selayaknyalah ko berkubur dalam kandng lembu umporno sampai hari kiamat. kimak ko
ReplyDelete