Monday, August 13, 2012

TERKINI!!! Tiga lagi Ahli Parlimen BN akan keluar parti – Lajim



BEAUFORT 14 Ogos: Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menghadapi situasi lebih getir selepas sambutan Aidilfitri berikutan tiga lagi wakil rakyatnya akan meninggalkan parti itu.

Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan, mereka akan berbuat demikian secara berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan lagi.

“Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka.


“Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar,” katanya kepada Keadilan Daily.


Kata Lajim, seramai 18 daripada 35 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno Beaufort turut menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.


“Beberapa lagi Ketua Cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti .“Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai,” katanya.


Lajim sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno BN Beaufort dan menubuhkan PPS yang menyokong Pakatan.


Pada 30 Julai lalu, Lajim digugur dari jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala keahliannya dalam Umno akan ditentukan kemudian.Selain beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang menyokong Pakatan.


Ini menjadikan gerakan menukar kerajaan negeri digerakkan dua komuniti terbesar di Sabah iaitu Melayu-Islam melalui PPS dan Kadazan-Dusun-Murut melalui APS.Kedahkini

3 comments:

  1. Salam Yob

    Jom ramei2 kuar BN. Dah nak karam buatpe tunggu lagi!

    ReplyDelete
  2. jom kita keluar BN. BN tak boleh memberi jaminan pahala kepada kita. kalau masuk pakatan, tok guru kasi pahala, dosa diampunkan dan dapat jaminan syurga.

    ReplyDelete
  3. oooi saudara ingatlah keamanan, kesejahteraan dan perpaduan di negara tercinta kita Malaysia klu mau keluar, keluar sendirilah jgn kau tengelam nak bawa org tengelam juga. Sedarlah klu kamu Warganegara Malaysia ingatlah jasa jgn jadi kacang lupakan kulit dan klu bukan warganegara Malaysia pulang ke negara asal mu dan klu tiada tambang mau plg kerajaan Malaysia boleh kasi.

    ReplyDelete