Dr Mahathir
kata kalau PR memerintah, dia orang akan perintah selamanya. Mengikut Mahathir
dia tahu beberapa rahsia. Rahsia yang Dr Mahathir maksudkan itu mesti yang
buruk dan yang tidak baik. Kerana apabila PR memerintah, orang akan tahu rahsia
buruk UMNO- rasuah, rompakan, lanun, manipulasi jentera kerajaan, komisyen
kepada menteri, KSU yang korap, pegawai kerajaan yang korap, rasuah dalam
syarikat milik kerajaan,skendel pembinaan lebuh raya, pelabuhan, jambatan
bengkok, skendel IPP. Semua rahsia ini menyebabkan rakyat tidak mahu lagu
memilih UMNO.
UMNO akan
jadi 4 huruf yang melambangkan segala yang mungkar kepada orang melayu yang
Bergama Islam. Sebagai orang Islam , semua orang Melayu tahu bertaqwa bererti
jangan buat mungkar dan menyeru kepada makruf. UMNO mewakili kuasa yang mungkar
dan kerana itu, orang Melayu akan menolak nya. Prinsip ini amat mudah difahami.
PR akan
berkuasa lama selagi ia menjalankan dasar dan pemerintahan yang makruf. Apa
yang sukar nya mengenai rahsia ini? PR bukan kerana Anwar Ibrahim. PR adalah
kerana mereka mewakili suara rakyat yang mahukan kerajaan yang lebih baik.
Apa yang
UMNO dakwa, semua orang lain boleh buat. Perjuangkan orang Melayu? Semua orang
Melayu dalam PAS, PKR, bahkan DAP pun boleh berjuang untuk orang Melayu. NGO
dan pertubuhan2 bukan kerajaan pun boleh bersuara untuk orang Melayu.
UMNO
tidak memiliki monopoli berjuang untuk orang Melayu. Zaman UMNO memonopoli
semua sudah berakhir. Berjuang untuk Islam? Dengan sumber yang ada, semua orang
boleh buat. Memelihara instutusi istana? Selagi orang Melayu hendakkan
institusi itu dan ada perlindungan undang2, ia tetap kekal. Tidak ada masaalah.
Pendek nya,
apa yang UMNO kata mereka boleh buat, orang lain boleh buat dengan baik.
Membangunkan negara? Sedangkan UMNO dengan half six leaders nya boleh buat,
mustahil orang dalam PR tak boleh buat. Fakta nya, kepimpinan dalam PR lebih
berkualiti dari yang masih ada dalam UMNO.
Bukan Dr
Mahathir seorang sahaja yang tahu rahsia. Ramai lagi tahu bagaimana UMNO
terutama bila Dr Mahathir jadi PM dan presiden UMNO mengekang minda orang
Melayu. Kita tahu rahsia UMNO kekal berkuasa.
UMNO
kekalkan kuasa dengan menakutkan orang Melayu. UMNO kekal sebab orang Melayu
diperbodohkan. UMNO kekal kerana orang Melayu dijadikan bangsa meminta minta
dan bergantung kepada UMNO. Ini sangat berlawanan dengan semangat yang hendak
dibawa oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Orang Melayu jadi punah bila Dr
Mahathir ambil alih memimpin orang Melayu.
Orang
Melayu diperbodohkan dengan menanam dalam minda mereka bahawa jika UMNO tidak
ada, maka masa depan orang Melayu gelap. Kenapa, walaupun setiap keududukan
kuasa dikuasai oleh orang Melayu, keududukan orang Melayu ketinggalan juga?
Ini
membuktikan bahawa disebalik laungan UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan
tanah air, kepentingan yang mereka
perjuangkan ialah kepentingan segelintir yang terpilih. Pendapatan orang Melayu
selepas merdeka, selepas UMNO berkuasa RM100 berbanding dengan Cina( 1500) dan
India( 1200). Kenapa ini terjadi?
Suatu
petang sebelum pertandingan ketua pemuda UMNO Malaysia berlansung, saya berada
dirumah Dato Najib di Jalan Duta. Antara topik yang dibualkan ialah mengenai
penglibatan Dr Mahathir dalam pertandingan UMNO. Terutama kerana ketika itu,
anak Dr Mahathir pun bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda.
Saya
menyatakan apa hal Dr Mahathir ini- tidak ada yang kena bila orang lain jadi PM
selain dari dia dan tidak ada yang baik jadi Ketua Pemuda selain anak dia.
Najib telah menjawab- Dr Mahathir ni nak sibuk mengenai orang lain. Dedah
keburukan orang lain. Kalau kita dedahkan hal dia- pelabuhan lah, leburaya lah,
TOL lah, IPP lah..banyak lagi lah.
Inilah
UMNO. Jaga rahsia sama sendiri.
Kita tahu
bahawa DR Mahathir tidak akan bertanding lagi.
Tapi oleh kerana dia sekarang sudah menjadi jurucakap kepada UMNO, maka
kita attack dia. Lagi dia bising, kita suka sebab ia menjadi alasan dan
semangat kepada kita untuk mendedahkan keburukan UMNO. Objektif kita ialah
menjatuhkan UMNO.
UMNO
bukanlah pilihan mutlak untuk orang Melayu. Orang Melayu sekarang ada banyak
pilihan. Tidak ada UMNO, orang Melayu dan Malaysia tetap akan membangun dan
maju. Tidak ada UMNO, kepentingan orang Melayu tetap dijaga.
Perkara ini tidak
dapat dielakkan kerana majority penduduk negara ini adalah Melayu. Dari 18 juta
orang Melayu, ahli UMNO hanya 3 juta. Dari 6 orang Melayu, hanya seorang ahli
UMNO. Jika seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jika 3 juta ahli
UMNO tidak ada, ada 15 juta lagi orang Melayu. Jadi tidaklah benar, jika UMNO
tidak ada, maka orang Melayu akan terbiar.
Orang
Melayu tak sedar, bahawa bila Dr Mahathir ambil alih sebagai PM lah , maka
sedikit demikit sedikit, DEB dihapuskan. DEB ertnya, orang Melayu membangun
secara organik- diberi sumber ekonomi, membagunkan diri mereka, memperolehi
pengalaman dan kemahiran dan bersaing. Semangat DEB ialah memberi orang Melayu
joran atau pancing supaya mereka boleh memancing hari hari dan makan ikan hari.
Mahathir
tidak percaya dengan pendekatan ini. dia kata cara ini lambat. Cara yang lebih
baik ialah jumpstart ekonomi orang Melayu. Cara nya ialah dengan memilih
golongan tertentu supaya melajukan ekonomi orang Melayu. Ekonomi yang laju
ialah ekonomi mereka yang Dr Mahathit pilih dan Dr Mahathir pilih Cina dan
India sama.
Majoriti
orang Melayu ketinggalan. Itulah sebabnya mengapa perbezaan pendapatan dikalangan
orang Melayu sendiri adalah perbezaan yang terbesar. Pengagihan kekayaan antara
cina sama cina, India sesama India lebih adil. Sesama Melayu kurang adil, sebab
UMNO pilih bulu. Ini rahsia Mahathir.SAKMONGKOL AK47
MAMAK KUTTI MUDAH LUPA ,MELAYU INGAT SAMPAI BILA-BILA ! ABU !
ReplyDeletePakatan takut sekiranya negeri yg ditadbir jatuh ketgn bn, bnyk lg penyelewengan akan terbongkar. Amalan kronisme, salah guna kuasa dan pembaziran tlh menybbkan unisel rugi berjuta2 ringgit. Penyelewengan dlm kes talam tak masuk lagi. Pakatan mmg sinonim dgn korupsi
ReplyDeletePas pulak melakukan korupsi dgn meruntuhkan surau dan masjid utk mendirikan shopping kompleks. Ulamak pas ada share dgn tokey shopping kompleks tu ke?
ReplyDeleteKorupsi dlm pas semakin teruk apabila dana bantuan utk mangsa banjir yg lepas tidak sampai, tp lesap. Sehingga kini pemimpin pas tidak dpt menjelaskan kemana perginya dana bantuan utk mangsa banjir.
ReplyDeleteInsaflah org pas. Jgn suka mkn harta org susah, berdosa
ReplyDeleteABU (Allah bersama UMNO)
ReplyDeleteMasyaAllah..Allah bersama umno....astagfirullah... kami mengharapkan umno yg begiturosak..penuh dgn kejahatan/kemaksiatan/fitnah..Allah hancurkan umno sampai lumat lps PRU 13 ni..
ReplyDeleteABU (asal bukan umno)
ReplyDeleteHE!HE!HE!
ReplyDeleteESOK LUSA DAH TENTU MINTAK AMPUN DAN TARIK BALIK NIH! USAH PERCAYA ARTIKEL NI. SEJARAH DAH MEMBUKTIKAN...
pencacai umporno memzahirkan ke'syaitanan' . komen bodo dan bangang
ReplyDeleteABU = Allah bakar UMNGOK (dalam neraka Jahannam)
ReplyDeleteABU..Allah Butakan UMNO...sbb Allah beri akal sbg mata fikiran dan juga menggunakan mata hati dgn berpandukan undang2 yg Allah turunkan....tapi tak diikut dan diamal oleh pengikut fahaman syaitan UMNO/BN......diikutnyer syaitan bisu.....elok sgtlah tu....bertambah hancussslah....
ReplyDeleteBaguih-baguih...org islam ngata org islam..bukan nak nasihat dan ngingati sesama islam, lepas tu tak malu ngaku diri tu islam tulen yang tegakkan agama. Hahahaaa...pelik betui org islam Malaysia la ni yer. Yg kapiaq terus menerus gelakkan (kah-kah-kah) dan apikan semangat kelakor giler org islam Malaysia. Tak sedaq-sedaq lagi ke weiiiii...udah-udah ler tu. Betobat byk2..istifar byk2..buat ibadah byk2..didik anak2 jgn jd mcm kita yg dah liat masih gemar ngumpat ngata, tunggu nak masuk liang je...tunggu mjawab final exam dalam kubuq. Lagi penting!!!
ReplyDeleteSemoga umno dn angkatan mendapat petunjuk..dan sedar akn dosa umat malaysia yg dipikul...sesungguhnya setiap pemimpin negara menanggung dosa rakyatnya stelah hukum allah diabaikn
ReplyDelete