Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agak cemas akan peristiwa
keganasan yang dilakukan oleh samseng politik yang juga penyokong BN
dengan peristiwa menyimbah cat ke atas bas yang dinaiki beliau, mereka
juga memberhentikan konvoi beliau dan juga memaksa polis menangkap
pengawal peribadi Anwar kerana cuba melindunginya.
Namun, Anwar tidak akan membiarkan ugutan ini mematahkan usaha jelajah
ke serata Malaysia untuk menemui pengundi sebelum pilihanraya umum ke
13, yang mungkin akan diadakan pada November ini.
Semua tertumpu kepada destinasi Anwar yang seterusnya- Johor, tempat lahirnya Umno yang juga merupakan kubu kuat BN.
Tidak percuma TETAPI sudah habis dijual
Memandangkan reaksi yang agak ganas dari penyokong Umno-BN di Melaka,
yang cuba menyekat konvoi bas pada hujung minggu untuk masuk, suatu
pertemuan yang mendebarkan akan dijangka apabila Anwar mula menjelajahi
Johor pada Jumaat, 14 September ini (Jelajah Bas Anwar Ibrahim).
"Tiada
perubahan dalam rancangan langsung. Kami tidak akan takut pada samseng
politik yang cuba bermain kasar kerana dengki. Rakyat Johor sedang
memerhati dan mereka adalah penentu apa jenis politik yang mereka mahu
bertapak di negeri mereka," ketua PKR Johor Chua Jui Meng memberitahu
Malaysia Chronicle.
"Anwar akan melawat beberapa bandar bersama-sama pemimpin-pemimpin
Pakatan Rakyat yang lain dan pada waktu malam, kami akan mengadakan
makan malam terbesar yang belum pernah disaksikan oleh rakyat Johor. Ini
adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat di negeri ini
kerana sokongan dan semangat yang diberikan kepada kita semasa ceramah
sejak setahun yang lalu. Memang ia bukanlah percuma, tetapi ianya
bertujuan untuk mengutip dana, tetapi rakyat Johor akan berpeluang untuk
berkumpul dan bertemu serta mendengar sendiri amanat pemimpin-pemimpin
Pakatan Rakyat. "
Sudah, 800 meja telah dijual sepenuhnya. Makan malam yang dianjurkan
oleh bahagian Jui Meng ini akan diadakan di tempat letak kereta Sutera
Mall di Skudai. Jadual lawatan Anwar belum ditetapkan lagi tetapi
lawatan mungkin akan bermula di Ledang pada pukul 11 pagi.
Terancam
Johor,
dan juga Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai 4
negeri dalam senarai paling terancam BN. Pakatan dijangka membuat
kejutan besar di empat negeri ini semasa PRU ke-13 nanti.
Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Dalam pilihan raya umum 2008, BN Johor kehilangan hanya satu kerusi
parlimen dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ia telah banyak menyumbang
dalam mengekalkan kekuasaan BN, sebab itulah ia dikenali dengan nama
"kubu" Umno-BN.
Tetapi langit tidak kekal cerah bagi BN selepas itu. Bukan sahaja Umno
kehilangan sokongan orang Melayu, tetapi parti komponen BN iaitu MCA,
Gerakan dan MIC mungkin akan lenyap selepas PRU ke-13 kerana pengundi
sudah muak dan melarikan diri dari parti-parti ini.
"Untuk mendapatkan gambaran bagaimana Johor berada dalam keadaan yang
mencemaskan bagi BN, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk meneliti
bilangan kerusi yang dipegang oleh MCA, MIC dan Gerakan di sini.
Selebihnya dipegang oleh Umno dan jika anda telah menghadiri ceramah
Pakatan dan memerhatikan kadar peratusan Melayu yang besar, maka anda
akan memahami kenapa Umno mula panik," kata Jui Meng.
"Ia juga begitu ketara bahawa PAS cukup yakin untuk menggunakan Naib
Presidennya Salahuddin Ayub untuk bertanding kerusi DUN di sini supaya
jika Pakatan menang di Johor, Salahuddin akan menjadi ketua menteri dan
begitulah yang ditetapkan oleh Pakatan."
7 daripada 15 kerusi Parlimen dan 12 daripada 35 kerusi Dewan Undangan
Negeri bagi MCA adalah di Johor. Bagi Gerakan, salah satu daripada dua
kerusi parlimen dan 2 daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri mereka
berada di Johor. Begitu juga MIC, satu daripada tiga kerusi Parlimen
dan empat daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri berada di Johor.
Selebihnya dipegang oleh UMNO.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment