Bendera PAS diturunkan
Bendera BN telah berbulan-bulan berkibar
Majlis Rumah Terbuka PAS di Negeri Sembilan hanya akan bermula jam 11 pagi Sabtu 8 September 2012 di Dataran Senawang. Akan tetapi awal pagi lagi sebuah lori MPS (Majlis Perbandaran Seremban) telah berlegar-legar sekitar Dataran Senawang, ketika petugas Majlis Rumah Terbuka sedang membuat persiapan, membuat air, menyusun kerusi, memotong buah dan sebagainya.
Sekitar jam 9.25 pagi kakitangan
MPS memulakan operasi menurunkan bendera PAS di sekitar Dataran Senawang
yang baru dipasang 1-2 hari yang lalu, sedangkan begitu banyak bendera
BN dan Umno telah bergantungan berjuntai-juntai berbulan-bulan sebelum
ini di Dataran Senawang tiada tindakan langsung oleh MPS untuk
menurunkannya.
Satu demi satu bendera PAS
diturunkan, dikait dengan galah besi oleh beberapa kakitangan MPS.
Petugas PAS hanya memerhatikan sahaja tanpa membuat sebarang tindak
balas, memaki hamun atau menghalang kakitangan MPS.
Kakitangan MPS ini bertindak demikian kerana menerima arahan dari pihak atasan.
Inilah demokrasi ala Umno dan BN di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.
Semoga Allah menumbangkan Umno/BN dalam pilihanraya yang terdekat ini.
No comments:
Post a Comment