Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan
dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional
ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.
"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?". Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.
"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang telah menyertai Umno lebih tiga tahun lalu.
Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu
memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum
ini.
"Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.
"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya.
Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata.
"Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya
kenapa kutu loncat macam neh masih dipercaya oleh masyarakat banyak,sejkarang neh minda rakyat pilitik dah naik,rakyat mulai pandai atau paham pasal politik,adnya jalur lebar tanpa had membuat rakyat tau info apapun hal dunia luar dan mulai berfikir apa yang akan terjadi di hadapan.pembelajaran politik ini yang akan membuahkan hasil dan akan menjadi paradigma baru peta politik di negeri ini.apapun hasilnya nanti itulah yang rakyat nak.
ReplyDeleteUmno makin lembik ??
ReplyDelete....blogger "Pas Perut Buntal" ni dah hilang akal ke ??
Ezam kata perpaduan dalam Umno menurun sedikit...mungkin di tempat dia tapi keseluruhannya kekuatan Umno, bagus !
Cuba tengok laporan kajian pihak UM tentang peningkatan sokongan rakyat kepada Umno dan penurunan sokongan kepada PAS di Kelantan.
Hah !..apamacam ??
...cukup lama memerintah ??? apa ke bangang sangat, UMNO-PANDIKUTI MULA TAHUN 1988, BANGANG OOI !!!
ReplyDeleteKenapalah engkau siarkan apa yang beruk yang sering bertukar wajah ini. Tak payahlah tulis apa yang hasan ali atau ustaz nasa komen, buat menyemak saja. Si Ezam ni sebenarnya tengah buat strategi mcm mana nak lompat masuk PKR balik apabila menyedari BN akan kalah PRU13 NANTI? Mar RAKAB tu jer yang belum sedar kerana terlampau banyak hidu gam dan mengampu umnoh
ReplyDeletekpd lembu2 UMNo/Bn..tolong jgn kencing merata2 disini...hihihihihi
ReplyDelete