Seorang MP PKR hari ini mendakwa bahawa sebatang jalan sepanjang 0.9 km
menuju ke bangunan DUN Sabah dibina dengan kos RM14.9 juta.
Azmin Ali (PKR-Gombak) dalam satu soalannya di Dewan
Rakyat hari ini mendakwa jalan tersebut dirasmikan oleh ketua menteri
Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini.
"Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta," dakwanya ketika mengemukakan soalan tambahan.
Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur.
Azmin berkata dalam pengumuman belanjawan 2013 minggu lalu, Sabah dan
Sarawak juga hanya disebut lima kali dan bukan mengenai perbelanjaan
utama.
No comments:
Post a Comment