Dalam Dewan Rakyat
semalam, Ahli Parlimen Kuantan itu membawa bukti salinan carian di laman
web SPR, terdapat pemegang Mykas didaftar sebagai Hasmidah Surahbil
dengan nombor kad pengenalan 820315-12-6446.
Hasmidah disenaraikan
sebagai pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dalam Parlimen
Hulu Langat. Turut dinyatakan ialah lokaliti pengundi di Taman Baiduri
Jaya dan daerah mengundi di Bandar Teknologi Kajang.
“Perkara
ini bukannya kali pertama berlaku. Kita telah lapor kepada Jabatan
Pendaftararan Negara (JPN) dan SPR. Mengapa sampai hari ini nama tidak
digugurkan?” soalnya pada perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.
Jelas Fuziah, pemegang
Mykas kebanyakannya merupakan pekerja asing dan mereka dikecualikan dari
bayaran cukai. Mykas mempunyai tarikh luput dan perlu diperbaharui
setiap setahun.
Fuziah turut mempersoal
keberkesanan sistem Hubungan Terus Agensi (Alis) dengan JPN yang
sewajarnya mengemaskini status pemegang Mykas secara automatik.
“Tapi nama pemastautin sementara itu berada dalam senarai daftar pemilih SPR sebagai pengundi sah. Ada orang lain berpeluang menentukan hala tuju negara dan memilih wakil rakyat dan pemimpin.
“Ini menjejaskan
keselamatan negara dan merampas hak rakyat Malaysia apabila ada pihak
lain yang menentukan sesebuah kerajaan di Malaysia,” tegas Fuziah. Short
URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37668
Hasmidah Surahbil bernombor kad pengenalan 820315-12-6446 yang kononnya pemegang IC sementara tetapi telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR pun dicanang di dalam media-media PR. Untuk pengetahuan, Hasmidah bukan orang pertama yang namanya dipolitikkan oleh PR. Sebelum ini, beberapa orang lain telah turut dipergunakan sebagai alat untuk memburukkan SPR dan kerajaan.
ReplyDeleteNamun, SPR hari ini membuat penjelasan bahawa Hasmidah telah memohon kewarganegaraan pada tahun 2002. Permohonan tersebut telah diluluskan pada tahun 2007 dan beliau telah pun menerima Mykad yang sah.
Apa yang mengejutkan atau mungkin sebenarnya tidak mengejutkan dari kes Hasmidah ini ialah, berdasarkan borang pendaftaran pemilih Hasmidah, terbukti bahawa pendaftarannya dibuat oleh Penolong Pendaftar Pemilih, wakil politik dari parti Pakatan Rakyat.