Sunday, October 28, 2012
GENNEVA GOLD!!! Dulu lain sekarang lain, kenali Mahathir dan Utusan
Masih ingat lagi tragedi yang menimpa para pelabur yang melabur puluhan, ratusan malahan jutaan RM di sebuah syarikat pelaburan jongkong emas Genneva Gold?.
Bila dilihat pada majlis pelancarannya yang menjemput Tuanku Agong ketika itu (Sultan Mizan), dan seterusnya dilancarkan oleh ikon negarawan terulung Malaysia Tun Mahathir, pasti ramai yang percaya pelaburan ini adalah sesuatu yang sah.
Masakan ia ada unsur-unsur penipuan jika 1500 VIP telah hadir memberikan sokongan pada majlis pelancarannya pada 15 Disember 2010.
Berita pelancaran yang gah itu turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 17 Disember 2010 dengan tajuk berita 'Dr. Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas'.
Maka berbondong-bondonglah rakyat terutama mereka yang baru berpencen dengan wang simpanan yang mereka ada itu menyahut seruan Tun supaya melabur di dalam pelaburan emas.
Apa yang mereka tidak tahu adalah tidak sampai dua tahun kemudian pelaburan mereka ini akan lesap. Akhirnya akhbar sama yang mengiklankan pelaburan ini telah mengeluarkan laporan 'Tipu Pelabur RM4b' pada 2 Oktober lalu.
Akhbar ini jugalah yang melaporkan syarikat berkenaan sebelum ini pernah terlibat memperdayakan pelabur melalui skim pelaburan berbentuk piramid. Syarikat itu bagaimanapun ditutup dan pemiliknya menghilangkan diri selepas kegiatan mereka terbongkar.
Akhbar ini juga melaporkan pemilik syarikat sama dipercayai kembali menubuhkan syarikat pelaburan baru menggunakan nama lain untuk memperdayakan pelabur.
Akhbar ini turut menyatakan syarikat tersebut dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.
Akhbar ini juga mengeluarkan kenyataan Bank Negara supaya "Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melabur wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kegiatan yang menyalahi undang-undang,".
Korang nak baca Utusan lagi ka??.....Puiiih..Rakyat Marhaen
Ini salah satu projek Barisan Nasional yg dah kantoi......nak sembunyi/cuci tanganlah tu....
ReplyDelete