Tinjauan awam mendapati, tahap kepuasan pengundi terhadap Ketua Menteri
Sabah Datuk Seri Musa Aman jatuh bawah 50 peratus walaupun kedudukan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih kekal tinggi.
Tinjauan
Merdeka Center mendapati tahap kepuasan pengundi terhadap Musa jatuh
daripada 60 peratus pada November 2009 kepada 45 peratus pada September
2012.
Jika dibahagikan berdasarkan etnik, mengejutkan apabila
pengurangan mendadak 21 peratus berlaku di kalangan responden Bumiputera
Islam daripada 72 kepada 51 peratus.
Populariti Najib masih stabil apabila 75 peratus responden berpuas hati dengannya berbanding 77 peratus pada 1999.
Perkembangan
itu selari dengan kepuasan pengundi terhadap kerajaan yang mencatatkan
angka 56 peratus - turun enam peratus daripada sebelum ini.
Dapatan
itu merupakan yang kedua dan terakhir daripada tinjauan pandangan yang
dijalankan antara 6 hingga 17 September untuk mengukur tanggapan
pengundi terhadap perkembangan terkini di Sabah.
A registered nurse demands a 2 to 4 year degree. Finding A Job As A Traveling Nurse the average salary of a nurse practitioner is $89856, which is higher than the national average income per head. Kanu will be in accordance with your wishes. Ontario Ca Registered Nurse Program
ReplyDelete