Rupanya Soi Lek hina Islam , berguru dengan pemimpin UMNO
Kalau orang yang mengaku Islam tak mulakan maki Islam, takkan MCA kafir tu berani
3. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001:
menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam
(JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah
Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir
undang-undang.
Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan
kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25
orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor
pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat
persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras.
1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.
2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." -
Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan
para wartawan.
3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong
tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz
akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas
hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di
perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.
4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan
seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya
di Pasir Mas Kelantan.
5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan
sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan
Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam
mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam
ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang
tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat
Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong
tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan
kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam
akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir
Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.
8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di
Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." -
Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.
9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
- Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa
Nilam Puri, Kelantan.
10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan
masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di
Pasir Mas.
11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh
Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr.
Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas
sidang Majlis Tertinggi UMNO.
12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar,
bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam
ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan
usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994,
dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh
menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan
hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr.
Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.
15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi
mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila
orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain,
sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir
Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.
16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum
mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong
tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam.
Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr.
Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara,
ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan
kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat
harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan
perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara
Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur
tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika
bercakap kepada wartawan.
18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan
dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain,
kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan
di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr.
Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.
19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang
selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang
Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio
Tiga Ibu Kota.
20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga
menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah
secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos
1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati
dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing
dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud
tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang
kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92
Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.
1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda
yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih
Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama
Kebangsaan, 1997.
2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah
mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita
daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka
yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di
Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.
3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak
yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa
yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi
kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr.
Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)
Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila
tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18
(Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23,
(Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang
diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun
1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.
Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.
Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.
Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.
1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak
Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.
Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah
dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi
waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia
keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam
itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris
nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” - Tun Dr.
Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat
mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini,
berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa
hidup mereka” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung
UMNO, PWTC)
Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)
1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)
1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap
umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya
mereka tidak meminumnya". - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001
2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah
seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun
undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati
juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang
ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang
dilakukan tangkapan dan sebagainya,” - Dato’ Rais Yatim, Jun 2001
Aku dah cakap banyak kali, apa yg pas bising sgt pasal hudud ni? Hadi awang dah berbuih mulut menerangkan yg pas tak perjuangkan hudud dan Islam, tapi negara berkebajikan. Masa kit siang cakap malaysia ni negara sekular pun pemimpin pas berdiam diri.
ReplyDeleteSo, conclusion nya, pas hanya mementingkan kebajikan dunia dan mengetepikan akhirat. Kalau paspn memperbodohkan diri sendiri, siapa yg malu, paspn dan ahli keluarga paspb sendiri yg malu.
apa yg ko melalut ni wahai beruk. ko nak pertahan pemimpin ko dan soi lek hina agama ko sendiri.
ReplyDeletepemimpin terang2 hina Islam ko pun nak jadi beruk umno hina Islam. ko memang manusia celaka bagi agama ko sendiri
Blog PasPB, bila nak buat komen guna FB?
ReplyDeleteni komen-komen anonymous/tanpa nama lebih lebih dari cai umno yg takde modal.
Buat guna FB komen, baru tak boleh komen tanpa nama.
Depa komen tanpa nama takda telur macam Najib tak berani berdebat dengan Anwar dan hilang bila Anwar bahas budget kat parlimen
pas perjuangkan perkara kebajikan sudah lah. perjuangkanlah rakyat kelantan dapat bekalan air bersih ke, atau bina perumahan kos murah di kawasan rakyat miskin kelantan ke. barulah nampak pas memperjuangkan negara berkebajikan.
ReplyDeleteNegara berkebajikan berteraskan Islam. Cam umno berteraskan syaitan yg dikenali, tu sebab dok rembat duit rakyat / rasuah / entot altantunya & bom dan sewaktu dengannya
ReplyDelete