Rupanya, dalam
sibuk menuduh negeri Pakatan Rakyat tidak cekap dalam menguruskan sumber
kewangan negeri, tiba-tiba negeri yang ditadbir Umno ini sejak merdeka
semakin lama semakin membimbangkan.
Menurut Laporan
Ketua Audit Negara, prestasi Kumpulan Wang Disatukan bagi Johor menjunam
lebih RM50 juta kepada RM450.50 juta berbanding RM505.81 juta pada
tahun 2010.
Laporan tersebut
mendedahkan kerajaan negeri mencatatkan lebihan hasil berjumlah RM6.40
juta menjadikan defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2011
berkurangan kepada RM319.29 juta berbanding baki defisit berjumlah
RM325.69 juta pada 2010.
Tambah laporan itu lagi, hasil kerajaan negeri pada 2011 juga menurun kepada RM841.77 juta berbanding RM1,023.17 juta pada 2010.
Penurunan juga berlaku ke atas prestasi perbelanjaan kepada RM835.37 juta pada 2011 berbanding RM864.81 juta pada 2010.
Ekoran
itu, Ketua Audit Negara menegur kerajaan negeri pimpinan menteri besar,
Abdul Ghani Othman supaya mengekalkan perbelanjaan secara berhemah
tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri serta
berusaha menambah sumber pendapatan.
“Tindakan
mengutip tunggakan hasil perlu diteruskan kerana jumlah tunggakaan hasil
pada tahun 2011 berjumlah RM160.81 juta telah menurun sejumlah RM15.09
juta atau 8.6 peratus berbanding RM175.90 juta pada tahun 2010.
“Tindakan yang
lebih berkesan perlu diambil juga untuk menuntut tunggakan pinjaman
daripada Perbadanan Johor (JCorp) berjumlah RM75.14 juta,” tambah
laporan itu.
Ketua Audit
Negara juga menggesa Johor mempertingkat prestasi kewangan supaya
pendapatan yang diperoleh dapat menampung perbelanjaan mengurus dan
menanggung tanggungan semasa.
“Penetapan
Indeks Prestasi Utama (KPI) dan operasi semua syarikat subsidiari perlu
dipantau dengan tegas untuk memastikan pelaburan kerajaan negeri dalam
syarikat subsidiari tersebut memberi pulangan sewajarnya,” kata Ketua
Audit Negara, Ambrin Buang.
MELAKA
Hutang kerajaan negeri Melaka meningkat kepada RM865.94 juta iaitu meningkat sebanyak RM12.87 juta.
Fakta didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Penyata
Kewangan Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan/Agensi tahun 2011 bahagian
II muka surat xiii.
Manakala Kerajaan Negeri Melaka hanya membayar hutang sebanyak RM0.18juta sahaja pada tahun 2011. Kalau macam inilah prestasi membayar hutang, kita yakin sampai bilapun hutang kerajaan negeri tidak akan habis.
Manakala Kerajaan Negeri Melaka hanya membayar hutang sebanyak RM0.18juta sahaja pada tahun 2011. Kalau macam inilah prestasi membayar hutang, kita yakin sampai bilapun hutang kerajaan negeri tidak akan habis.
NEGERI SEMBILAN
Antara beberapa penemuan yang mengejutkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan ialah :
Perbelanjaan tahunan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
telah menurun ke RM 5.63 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 7.15 juta pada
tahun 2010.
Hasil cukai tanah telah menurun ke RM 112.51 juta untuk
tahun 2011 berbanding RM 114.03 juta pada tahun 2010.
Penjualan saham yang begitu banyak. Pada akhir tahun 2011,
pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah
RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham
Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan
Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam
tahun 2011.
Terdapat 33 unit rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) yang
masih kosong semenjak tahun 2005. Tunggakan sewa Rumah Awam Harga Rendah (RAHR)
semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak
25.4% berbanding kutipan sepatutnya. Terdapat rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR yang
belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli
antara 1 hingga 7 tahun.
Tunggakan sewa premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
(MAINS) mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima. Empat
projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga
2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh
perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah. Satu
daripada projek usaha sama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) masih belum bermula walaupun perjanjian telah
ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS
sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.
Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri
Sembilan adalah kurang memuaskan kerana sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim
PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun
bantuan ternakan telah diagihkan.
Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah. Antara kelemahan
yang diperhatikan ialah:
1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah
milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.
2. Tiada
penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.
3. Daftar inventori
kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan
untuk penyenggaraan dan baik pulih.
YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat
milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan
dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. YNSM masih mempunyai kerugian
terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010
berbanding modal berbayar RM0.50 juta.
Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana
aktivitinya semakin berkurangan.
2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar
harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.
3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada
Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan
mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri
Roadstone Sdn. Bhd.
Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti
berikut:
1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan
daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.
2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit
3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa
Negeri.
MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini
seperti berikut:
1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang
Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.
2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan
menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang
dibangunkan.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya
telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung
bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.
2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah
tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk
cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.
3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum
diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan
Mei 2007.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 untuk N.Sembilan
Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam
Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan
sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom
Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan
nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.
A. UNIT PERUMAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI -
Pengurusan Program Rumah Awam Harga Rendah (RAHR)
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyediakan
kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah di luar
bandar dan pinggir bandar disamping kemudahan asas dan sosial. Bagi tempoh
tahun 2009 hingga 2011 peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan
untuk program RAHR berjumlah RM11.54 juta di mana sejumlah RM9.65 juta telah
dibelanjakan untuk projek sedia ada.
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga
November 2011 mendapati secara amnya pengurusan program RAHR adalah kurang
memuaskan. Terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki seperti berikut:
1. Terdapat 33 unit
rumah yang masih kosong semenjak tahun 2005.
2. Rumah yang belum
diagih didapati tidak disenggarakan dengan baik.
3. Tunggakan sewa
semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak
25.4% berbanding kutipan sepatutnya.
4. Terdapat rumah
yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa
beli antara 1 hingga 7 tahun.
5. Terdapat tapak
tanah program Rumah Awam Harga Rendah yang masih belum didaftar sebagai hak
milik Kerajaan Negeri walaupun pampasan telah dibayar kepada pemilik asal
seawal tahun 1982 hingga 2004.
B. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Hartanah
Bagi tahun 2009 hingga 2011, nilai hartanah yang dimiliki
oleh MAINS seperti yang dilaporkan di dalam penyata kewangan beraudit pada
akhir tahun 2011 berbaki sejumlah RM45.04 juta. Terdapat beberapa kelemahan
yang perlu diperbaiki seperti berikut:
1. Tunggakan sewa
premis mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima.
2. Empat projek usaha
sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan
syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk
mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah.
3. Satu daripada
projek usaha sama tersebut masih belum bermula walaupun perjanjian telah
ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS
sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.
C. JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR - Pengurusan Program
Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober
2011 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan Program Pembangunan Industri
Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana:
1. Sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27
(26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan
telah diagihkan.
2. Sebanyak 227 ekor
anak lembu atau 79.4% agihan Skim PINTAF bagi tempoh tahun 2004 hingga 2009
belum dipulangkan oleh penternak kepada Jabatan.
Bagi tahun 2009 hingga 2011, Jabatan telah diperuntukkan
sejumlah RM2.23 juta bagi Skim PINTAF di mana kesemua jumlah tersebut telah
dibelanjakan untuk membeli 782 ekor lembu dan 130 ekor kerbau.
Manakala bagi Skim TRUST dalam tempoh 3 tahun tersebut,
sejumlah 1,242 ekor lembu bernilai RM6.63 juta telah dibekalkan oleh Jabatan
PerkhidmatanVeterinar Putrajaya.
Sehingga tahun 2011, Jabatan mempunyai 2,037.72 hektar
kawasan padang ragut dan sejumlah RM1.79 juta telah dibelanjakan bagi tahun
2009 hingga 2011 untuk membangunkan kawasan padang ragut tersebut.
D. PEJABAT DAERAH DAN TANAH REMBAU DAN KUALA PILAH -
Pembinaan Dan Penyenggaraan Kemudahan Awam Di Mukim-Mukim
Bagi tahun 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri Sembilan telah
memperuntukkan sejumlah RM15.13 juta untuk tujuan pembinaan dan penyenggaraan
kemudahan awam di mukim-mukim luar bandar di Negeri Sembilan di mana sejumlah
RM14.12 juta telah dibelanjakan.
Pengauditan yang dijalankan di Pejabat Daerah Dan Tanah
Rembau dan Kuala Pilah antara bulan Julai 2011 hingga Oktober 2011 terdapat
beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan diambil tindakan yang sewajarnya
oleh pihak yang berkaitan. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:
1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah
milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.
2. Tiada
penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.
3. Daftar inventori
kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan
untuk penyenggaraan dan baik pulih.
Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan adalah
disyorkan supaya Pejabat Daerah Dan Tanah memberi pertimbangan kepada perkara berikut:
1. Kemudahan awam
yang dibina di kawasan tanah milik perlu mendapatkan kebenaran izin guna tanah
atau izin lalu secara bertulis dari pemilik tanah untuk mengelakkan
pertelingkahan di masa hadapan.
2. Pejabat Daerah Dan
Tanah perlu memastikan Pengerusi JKKK bertanggungjawab menyelia kemudahan awam
di kawasan masing-masing.
E. MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN - Pengurusan Program
Pengindahan Dan Landskap
Peruntukan bagi program pengindahan dan landskap bagi tempoh
tahun 2009 hingga 2011 masing-masing berjumlah RM1.69 juta, RM0.75 juta dan
RM4.46 juta.
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini
seperti berikut:
1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang
Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.
2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan
menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang
dibangunkan.
F. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Pengurusan
Hartanah
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) sebagai
sebuah agensi pembangunan yang diberi tanggungjawab bagi memimpin, menyertai
dan menggalak penyertaan proses perubahan sosioekonomi ke arah mencapai
matlamat pembangunan negeri. Nilai hartanah PKNNS bagi tempoh tahun 2009 hingga
2011 masing-masing RM45.36 juta, RM43.12 juta dan RM42.18 juta.
Terdapat beberapa kelemahan dan tindakan terdahulu yang
perlu diberi perhatian supaya tidak berulang, antaranya adalah seperti berikut:
1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya
telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung
bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.
2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah
tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk
cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.
3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum
diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan
Mei 2007.
G. YAYASAN NEGERI
SEMBILAN - YNS Management Sdn. Bhd.
YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat
milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan
dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. YNSM ditubuhkan pada 15 September
1988 dengan nama N.S. Concentrate Rubber Sdn. Bhd. dan ditukar nama kepada YNS Management
Sdn. Bhd. Pada 22 Februari 1992.
Pada awal penubuhannya, fungsi syarikat ini adalah untuk
menyediakan kakitangan bagi perkhidmatan pentadbiran dan teknikal kepada
Yayasan serta syarikat subsidiari Yayasan. Di samping itu, YNSM juga
menjalankan perniagaan urus niaga saham, menyediakan perkhidmatan pembersihan,
pengurusan tempat letak kereta dan percukaian.
Aktiviti YNSM bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011 lebih
menjurus kepada perkhidmatan pembersihan, sewaan kenderaan, pembekalan komputer
dan perkhidmatan sewaan papan iklan elektronik.
Pengauditan yang dijalankan pada bulan Mei hingga Jun 2011
mendapati pengurusan YNSM secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan.
YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi
iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50
juta.
Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana
aktivitinya semakin berkurangan.
2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar
harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.
3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada
Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan
mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.
H. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri
Roadstone Sdn. Bhd.
Negeri Roadstone Sdn. Bhd. (NRSB) ditubuhkan pada 22 April
1974. NRSB mempunyai modal saham dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal
berbayar berjumlah RM4 juta pada RM1 sesaham yang mana Perbadanan Kemajuan
Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) memegang 51% saham.
Objektif penubuhan NRSB adalah untuk menjalankan aktiviti
penggalian, jualan batu-batan, kerja-kerja pembinaan/kontrak, penurapan jalan
dan infrastruktur. NRSB mempunyai sebuah syarikat subsidiari iaitu Roadstone
Construction & Development Sdn. Bhd. (RCDSB) yang telah ditubuhkan di bawah
Akta Syarikat 1965 pada 10 April 1991. RCDSB mempunyai modal saham dibenarkan
berjumlah RM0.50 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.10 juta bernilai RM1.00
seunit dan 100% milik NRSB.
Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti
berikut:
1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan
daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.
2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit
3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa
Negeri.
Rakyat negeri tadbiran umno makin miskin..kesiannn...
ReplyDelete