Ramai yang tidak faham isu
sebenar mengapa pakatan ahli-ahli majlis PR mendesak Dato' Rasli Basir
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah meletakkan jawatan, lalu mendesak saya
membuat penjelasan dalam kolum Harakah. Saya mengambil masa hampir
separuh hari untuk mencari sudut fokus yang tepat dan 'selamat' (pada
kedudukan saya) untuk menulis tetapi gagal.
Saya memimpin sebuah unit di bawah SUK dan bekerja melaksanakan misi seorang Menteri Besar. Justeru setiap ayat yang boleh difahami maksudnya maka ia membayangkan imej MB. Maka saya membuat ketetapan untuk tidak mengulasnya. Biarlah gerombolan ahli majlis yang diketuai oleh Basir Ismail menjalankan kerja mereka dan saya menjalankan kerja sendiri.
Saya memimpin sebuah unit di bawah SUK dan bekerja melaksanakan misi seorang Menteri Besar. Justeru setiap ayat yang boleh difahami maksudnya maka ia membayangkan imej MB. Maka saya membuat ketetapan untuk tidak mengulasnya. Biarlah gerombolan ahli majlis yang diketuai oleh Basir Ismail menjalankan kerja mereka dan saya menjalankan kerja sendiri.
Isu
kedua yang kecoh di Kedah ialah isu pelaksanaan Islam yang kemudian
mengundang kenyataan-kenyataan kontroversi. Segalanya bermula dengan
persepakatan MCA dan Gerakan Kedah
menyerang kerajaan negeri Pakatan dengan menggunakan isu perkauman. Hampir tiga tahun mereka
mengasak dengan isu yang sama iaitu kuota perumahan 50-50, 'kegagalan'
membina semula kandang pemotongan
babi yang telah diruntuhkan berhampiran kampung Melayu dan dakwaan
kononnya PAS
memaksa papan iklan menggunakan tulisan jawi. Antara yang membangkitkan
isu tersebut ialah Dato' Chor Chee Heung (MP Alor Setar), Dato' Chong
Itt Chew (Pengerusi MCA Kedah) dan Tan Keng Liang (Ketua Pemuda Gerakan
Kedah).
Saya tidak berhasrat untuk
menjelaskan lagi kedua isu tersebut setelah berkali-kali menjelaskan dalam
ruangan ini. Untuk isu ketiga, jawapannya sangat mudah iaitu tiada arahan
memaksa tulisan jawi di papan iklan oleh pihak berkuasa tempatan. Mereka hanya
digalakkan lalu peniaga lebih selesa menggunakan tulisan jawi memandangkan
masyarakat Muslim adalah majoriti di negeri ini. Tetapi biasalah BN, fitnah
seolah-olah menjadi rukun yang wajib dilakukan oleh parti mereka.
Terbaru ada pihak berkuasa
tempatan yang bercadang mengenakan peraturan terhadap aktiviti
pengiklanan. Syaratnya sangat mudah, jika model iklan yang dipaparkan itu
Muslim ia wajib menutup aurat. Jika modelnya bukan Muslim ia mestilah
berpakaian sopan. Foto seorang wanita bukan Muslim yang memakai choengsam sudah
dianggap sopan. Yang tidak sopan ialah wanita yang mendedahkan pangkal dada,
paha atau memakai bikini.
Namun semua parti komponen
BN menjadikan isu perkauman sebagai penyambung hayat mereka. MCA dan Gerakan
pun memalu gendang di kalangan masyarakat bukan Muslim di Kedah bahawa
peraturan melarang iklan separuh bogel adalah peraturan yang melampau.
Kenyataan pemimpin MCA dan
Gerakan itu disiarkan secara besar-besaran dalam semua media Cina. Pegawai Khas
kepada Menteri Besar, Teh Kok Soo memberi penjelasan panjang lebar kepada semua
media tersebut untuk menangkis serangan, namun yang tersiar hanya beberapa
baris. Media Cina juga mutakhir ini mungkin sudah diberi kata dua oleh Umno
sehingga mereka hilang kebebasan bersuara. Transformasi dalam demokrasi yang
kononnya dilaungkan Najib rupanya membawa media Cina ke era komunisme.
Setiausaha Dewan Himpunan
Penyokong PAS Kedah, William Khor menjawab kalau hudud dilaksanakan pun ia
sangat baik kerana berjaya banteras jenayah. "Kalau saya kena 'potong' pun
saya tetap akan sokong PAS," katanya. Jawapan sebegitu tentulah tak
diperlukan oleh bukan Muslim, cuma pedas menyindir sebahagian orang Melayu yang
menolak hudud.
Pengerusi DAP Kedah, Lee
Guan Aik tidak berpuas hati dengan kenyataan racis MCA dan Gerakan lalu
mengadakan sidang media menjelaskan isu sebenar. Rupanya kenyataan beliau tidak
diputarbelit oleh media Cina tetapi Utusan Malaysia pula yang mengambil peranan
memutarbelit isu itu dari persepsi perkauman Melayu Islam.
DAP kononnya dituduh akan
menentang apa-apa peraturan yang berunsur keIslaman yang dilaksanakan oleh
kerajaan negeri, termasuk peraturan iklan tidak sopan. 'PAS perlu restu DAP'
dijadikan tajuk utama Utusan Malaysia sebagai tindakan provokasi perkauman
terhadap orang Melayu.
Lee Guan Aik lantas menyelar
tindakan akhbar pemfitnah itu menyiarkan berita yang bercanggah dengan
kenyataan yang dikeluarkan beliau.
"Berita
tersebut adalah berniat jahat bagi melaga-lagakan kerajaan Pakatan Rakyat di
Kedah, mahupun di Malaysia.
“Pada
14 Oktober 2012, saya ada buat sidang media bagi mengulas pelaksanaan garis
panduan papan iklan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).“Dalam kenyataan tersebut, saya langsung tidak menyatakan DAP menentang undang-undang berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan di sini (Kedah), tetapi saya berkata bahawa apa-apa sahaja undang-undang yang perlu dilaksanakan memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti (Pakatan Rakyat).
“Ianya
perlu dibincang bagi mendapat pandangan semua pihak dahulu, baru boleh
dilaksanakan, bukan saya kata PAS perlu restu DAP baru boleh laksana undang-undang
berunsurkan Islam, ini bertujuan bagi melaga-lagakan kami (Pakatan Rakyat),”
jelas beliau ketika dihubungi," ujarnya.
Begitulah
MCA, Gerakan dan UMNO; mereka dari satu badan (BN) tapi lidah yang terjelir
masing-masing pincang bercabang. Lain di hadapan Melayu, lain pula di hadapan Cina bukan Muslim.
Sebenarnya, ustaz azizan gagal mengawal org bawahan dgn baik. Terlalu bnyk isu yg tidak dijawab oleh ust azizan sendiri dan beliau hanya membiarkan orang bawahan terutamanya golongan anwarinas mengeluarkan kenyataan tanpa panduan. Dap pula dgn senang mencampuri urusan pentadbiran beliau.
ReplyDeleteMungkin setelah beliau kini hanyalah menteri boneka akibat dipantau dgn ketat oleh jawatankuasa pemandu pas, beliau lbh suka mendiamkan diri
Semua org tau kepincangan di kedah adalah krn ust azizan tidak sehaluan dgn anwarinas. Dulu ust azizan secara lantang membidas kitab suci pakatan, buku jingga. Sekarang kalau mengikut sumber, ustaz azizan akan ditendang dari kerusi mb slps pru13 dan akan dijadikan kambing hitam sprt ust nasa.
ReplyDeleteSemoga Allah memberi kekuatan kpd ust azizan bagi menghadapi parasit anwarinas yg hanya merosakkan pas.
Anwarinas - parasit
ReplyDeleteAnwar peliwat - pelesit
apa la beruk umno ni komen. sedarlah orang umno la yang buat onar dari dalam kerajaan negeri.
ReplyDeletedok mana pun kalau ada umno sah ada rasuah
Memang betulah dikomen diatas tu MB sebagai patung tak berani nak bersuara jawatan aja Menteri Besar. Anon 23.22 tu tak habis2 nak salahkan orang fikirlah secara positf sikit siapa yg memerintah Kedah PR atau BN pemerintahlah yang patut disalahkan.
ReplyDeleteAnon 23:44 ni pun satu..kalau kerajaan negeri nk buat pembaikan, kerajaan pusat x bg..pastu kata kerajaan negeri x buat kerja.. tgok bila kerajaan kelantan mtk peruntukan buat jalan, kerajaan pusat dok tangguh2 (maklumla duit peruntukan dah masuk poket geng2 umngok).. bila kerajaan kelantan ambik inisiatif collect derma, dok sibuk2 kata mintak derma..dah nama derma, confirm2 la org ikhlas bg.. ko umngok nak sibuk2 apa? Dahla songlap duit..pastu sekor2 ada akaun bank rahsia kat oversea..ko rakyat2 yg bahlol dan buta, bila diorg sumer dah lari bwak duit, baru ko ternganga.. bukalah mata kepalamu wahai mangkuk ayun umngok..
ReplyDeleteNilah penyakit org pas, semua nak salahkan umno. Kalau opah ko kene kencing manis pun aku rasa ko salahkan umno. Ameklah inisiatif perbaiki diri sendiri, tak perlu salahkan org lain.
ReplyDeleteKenapa dah lsma tak dengar pasal ust azizan? Anwarinas tak kasi siarkan cerita pasal dia ke?
ReplyDeletePercayalah cakap aku. Hayat politik ust azizan tak lama. Siapa yg menentang anwarinas dan dap pasti karier politik diaorg akan dibunuh.
ReplyDeletesprm dah siasat, yg kena siasat tu orang kuat umno. nak putar kot mana lagi
ReplyDeleteAnon 00:06 pun dah sama mcm kaki belit yg laen...dok backup tanpa bukti, tp suka bg contoh yg merepek2.. org pas ke, pkr ke kalau bg info, dgn fakta skali..bkan mcm korg umngokians yg suka melalak2 tanpa bukti..nk wat camne, kerja dok mengampu umngok jee..kipas bontot bang..kipas lg..kot2 opah hang kena kencing manis umngok bleh tolong..hihi..
ReplyDeleteKerajaan Persekutuan bagi peruntukan untuk Kedah buat jalan dan Kelantan air bersih tapi hanya setengah yang gunakan rakyat yang jadi mangsa.
ReplyDeleteMmg kitaorg dpt peruntukan dari krjn persekutuan. Tapi buat apa nak gunakan untuk rakyat. Lbh baik kitaorg guna untuk parti dan persediaan putrajaya. Kalau duit memali kitaorg sanggup kebas, duit peruntukan apalah sgt
ReplyDeleteAlahai anon 07:55..cubala jadi jantan skit..nk menyamar jd org pas pulak da..xde idea dah ke nk melalut? Ke kerja ko mmg kena melalut so umno leh bg anak bini ko makan?
ReplyDelete