GEORGETOWN: "Macamana
boleh timbul cerita Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul
ketika makan nasi Kandar di Lebuh Queen semalam pada hal beliau jadi
tempat peniaga yang mengamuk mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan
Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya jangan halau para peniaga kecil di
Padang Kota."
(Antara
blog Umno yang melaporkan Mohamad Sabu kononnnya dipukul. Gambar beliau
bersama isteri ketika pembedahan lutut dahulu dijadikan gambar sokongan)
Demikian
kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran laporan
beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam.
Beliau
ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya
satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai
tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.
Memang
benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada
berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan
perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau
Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas
melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota.
Bila
berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu
Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan
manakala rakan lain terus makan.
"Saya
lihat penguatkuasa MPPP, dua beruniform dan dua lagi berpakaian biasa
langsung tidak bertindak apa-apa sebaliknya mereka hanya mempertahankan
bahawa mereka hanya menjalankan tugasan serta mengatakan memang di
kawasan berkenaan di larang berniaga sama sekali sejak dulu lagi bukanya
peraturan baru.
"Namun peniaga berkenaan terus sahaja tendang meja sehingga habis pingan dan cawan bertaburan, " ujarnya.
Setelah
suasana agak tenang peniaga terbabit katanya, menghala pula ke arah Haji
Mohamad seakan mahu menyerang tetapi yang sebaliknya berlaku apabila
salah seorang peniaga (perempuan) mengenali Haji Mohamad dan memintanya
supaya menyuarakan permintaan peniaga kepada Ketua Menteri supaya
membenarkan mereka menjalankan aktiviti penjualan di situ untuk
selama-lamanya.
Jelas
Mohd Noor, mereka mendakwa, sikap yang diambil oleh MPPP dan Kerajaan
Pakatan Rakyat menganak tirikan peniaga Melayu yang mencari rezeki di
situ.
Selepas sahaja mendengar pandangan Haji Mohamad mereka pun bersurai.
"Blog
pro Umno pembohong mencipta cerita yang tidak lojik. Yang hairannya di
mana pula mereka dapat gambar kononnya suasana kedai berkecamuk dan
malang lagi ada yang meletakan gambar isterinya, Kak Normah berada di
sisi katil hospital untuk mengukuh dakwaan mereka. Apa pun cakap kirim
salam pada semua blogger tersebut, " tegasnya dengan nada berseloroh.
Sebelum
ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd
Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP
merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN)
berkuasa.
Cuma di
waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga)
menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih
mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan.
Tambahan
lagi sikap mereka menjaja dengan kenderaan kecil menimbulkan runggutan
daripada peniaga 'Medan Renung' yang berada berhampiran yang dikenakan
sewa oleh MPPP.
Ingat abg mat sabu hensem, mesti ingat hotel perdana bilik 131. 'Sedap mah...' kata abg mat
ReplyDeletehotel perdana tu bukan di kota bahru ke bro ?? negeri serambi mekah...
ReplyDeletemuaahahaha...pukul 10.15, mat sabu yang ada buasir tu dicekup dengan bini orang .
eh, eh mat sabu tu timbalan presiden Pas kan ??
takbir..!! 3x
rakab si lembu@beruk umno dah meroyan kat sini
ReplyDeleterakab si lembu@beruk umno dah meroyan kat sini
ReplyDeleteemmmbeeeeekkkk,...yalah, si rakab tu sibuk yer kat sini, eeeemmmbbeeeekkk...tapi, tapi yang dia kata pasal mat sabu tu betul juga kan?
ReplyDeleteeeemmbeekk...
tu dia rakab jadi kambing kah kah kah. punya teruk
ReplyDeletegeng2 penghuni api neraka duk sibuk menjaja fitnah disini..tp mmg dh dasar syaitan..benda2 yg buruk itulah mereka lakukan..lgpun dorg pun dh bersumpah smpi hr kiamat dorg buat mcm tu..klu betul Mat Sabu ditangkap khalwat bersama bini org..aku cabar geng2 syaitan nirajim nie kuarkan kan sekali lg di Utusan Syaitan berkenaan perkara itu..nk tgk mng ke kalah dlm court nti..jgn smpi terhegeh2 mintak maap mcm kt tuan guru..dan theresa..
ReplyDelete