Tuesday, October 2, 2012

NAJIB MULA GABRA!!! Sepina sudah disampaikan kepada saksi pertama kes Scorpene



NGO yang menjadi sasaran Barisan Nasional (BN), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu badan siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam kelas Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS.

"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.


Pada Jun lalu, Suaram berkata dua peguamnya di Perancis, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, antara orang terpenting dalam skandal proses pembelian kapal selam Scorpene itu.


Bagaimanapun, beberapa hari kemudian Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.

Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.

Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang Suaram cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.

Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Najib ; Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isteri Razak - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak Baginda - Abdul Malim Baginda.


Jumlah komisen yang setakat ini diketahui berjumlah EUR114 juta (RM547 juta).


JALAN PULANG 

5 comments:

  1. Bila lagi nak rasa ziarah ke mahkamah he he he

    ReplyDelete
  2. nak debat kat parlimen pun takut, apa lagi mau 'debat' di mahkamah..

    ReplyDelete
  3. bro.. mau tanya la psl gambar tu. itu pompuan atas submarin manusia ka hantu? lain mcm saja gaya nya.. ngeri tengok!

    ReplyDelete
  4. hantu air..hahahahah

    ReplyDelete