Wednesday, October 24, 2012

NAJIB SI PENGECUT!!! Ahli Parlimen BN berhempas pulas sampai demam di Parlimen, dia sedap-sedap main golf....


Dalam kesibukan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya menteri dan timbalan menteri berhempas-pulas menjawab soalan bertulis dan lisan yang dikemukakan ahli parlimen Pakatan Rakyat, rupanya perdana menteri Najib  ponteng sidang semalam semata-mata mahu bertarung dengan pemain golf nombor dua dunia, Tiger Woods!

Kejohanan yang dianjurkan oleh CIMB milik adiknya, Nazir Razak memperlihatkan betapa Najib  hanya menghabiskan wang pembayar cukai tanpa memikirkan nasib jutaan rakyat yang bertungkus-lumus mencari sesuap nasi bagi diri dan keluarga.

Diadakan di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, Selangor, Najib  sebelum ini pernah menyatakan hasrat sedemikian bagi meraikan kehadiran bintang golf terkemuka dunia itu yang kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia 13 tahun lalu, ketika itu untuk Piala Dunia.

Beraksi satu 'flight' dengan Woods serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dan adiknya, Nizam Razak, Najib seakan tidak mempedulikan apa yang terjadi kepada menteri dan timbalan menterinya terus diasak bertubi-tubi oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir semalam.

Dengan penuh semangat, Najib menghabiskan saingan kesemua 18 lubang di lapangan yang menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij menawarkan hadiah tunai keseluruhan USD6.1 juta (RM18.66 juta) itu.

Pergerakan Najib dan Woods jelas paling mencuri tumpuan apabila langkah mereka diikuti dari mula sehingga ke lubang yang terakhir.

Kumpulan pemain Malaysia pertama mendapat penghormatan beraksi bersama legenda golf dunia itu ialah dua jaguh pro veteran negara, M. Ramayah dan P. Gunasegaran, apabila digandingkan satu 'flight' dengan Amerika Syarikat sewaktu Piala Dunia di lapangan yang sama pada 1999.

Selain berentap dengan Woods, Najib  turut meluangkan masa bertemu dengan beberapa pemain profesional lain yang menyertai kejohanan berkenaan.

Walaupun hadir bagi merasmikan kejohanan golf tersebut, Najib seharusnya lebih prihatin dengan masalah negara berbanding menghabiskan masanya sehari suntuk bermain golf kununnya sudah lama mengidam mahu bertanding menentang Woods.

Tidak bolehkah Najib  singgah sebentar di parlimen melihat sendiri bagaimana pencacai-pencacainya terus ditekan dengan soalan demi soalan hingga satu ketika timbalan menteri kewangan, Awang Adik Hussin terpaksa berhenti dari menjawab soalan lisan atas alasan demam padahal tidak pula mendapatkan sijil sakit sebelum itu?

Inikah contoh dan sikap seorang pemimpin yang kununnya mendahulukan rakyat padahal apabila diasak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, membincangkan isu dan masalah rakyat, Najib  terus diam membisu seribu bahasa?


Ternyata apa yang diungkapkan Najib  cuma manis di bibirnya yang merah saja sedangkan kehidupan rakyat marhaen terus diabaikan kerajaannya.


JALAN PULANG

8 comments:

  1. seorang Perdana Menteri yang TIDAK BERTANGGUNGHJAWAB..................

    ReplyDelete
  2. Main golf pun salah ke? Bukannya haram pun. Kalau main 'china doll' mcm bang nuar barulah haram.

    ReplyDelete
  3. Bestnya jadi menteri

    ReplyDelete
  4. makan duit rakyat cam rosmewah n najib tu x haram ker!

    ReplyDelete
  5. Bang nuar main china doll, assmin kasi org makan aiskrim dlm tandas. Yg tu halal ke?

    ReplyDelete
  6. ..Dia kata dia Boss..Boss Ketua Perti al Syaitan..Boss segala lembu-lembu,balaci-balaci,pencacai-pencacai,penbodek-penbodek;semsing-semsing Taik ..hamba-hamba dunia...dia kata dah hantar , balaci-balaci dia di Parlimen..dia kata dia tak takut, tapi tak tahu macam mana ,nak jawap di Perlimen siapa kan Perdana Menteri yang dah kacing dan tipu Rakyat Malaysia sampai duit orang Melayu dan Duit Buruh Paksa Jepon pun kena kebas .. dia juga tidak boleh jawap kes-kes yg lain juga..dia juga tahu balaci-balaci dia juga tak boleh jawap...dan dia kata juga..HARAM JADAH..dengan Orang..

    ReplyDelete
  7. rasugam, ko ni cakap berbelit-belit lah. macam abang nuar je. kejap cakap tak balon china doll, tapi bila orag tanya mana jam omega, terus meggelabah.

    apa kata ko tarik nafas dalam-dalam, lepas tu hembus perlahan-lahan. baca Bismillah, lepas tu baru komen.

    ReplyDelete
  8. Anon 08:29 ni islam rupanya..xtau plak ak ada org islam mcm mamat yg bahalol tp nk tunjuk pandai..dah sah2 monteng persidangan nk maen golf, si tua najib tu senang2 je taichi kt org laen..sbb dia pun x tau ke hala...

    ReplyDelete