Saturday, October 13, 2012

ORANG MUDA TAK SOKONG!!! 50,000 Veteran UMNO P. Pinang bantu BN pada PRU13

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEq-YdDuV9Oz7nj-NX-ZcHW-6nF7KN19UKqpWe7d6XvFeQ0bVwI01m97hlfPGHZNBu-d2_-dw5xOuyyiMyzw9B-A-jE8LDHE0DOu8X8IPIb5DWfhbN6YOnC-f3AXyIbS6pCRFOSlq3Tos/s320/orgtuabodoh.jpg
BUKIT MERTAJAM: Veteran Umno Pulau Pinang akan menggerakkan lebih 50,000 anggotanya bagi membantu Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Timbalan Pengerusinya Datuk Ismail Din berkata usaha itu bagi memastikan BN merampas kembali Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng. 
"Veteran Umno adalah seperti duta kecil kepada Umno dan BN kerana kami akan berkempen dari rumah kami sendiri supaya menyokong BN. 
"Kami bekerja secara sukarela dan tekad kami hanya untuk membantu BN agar terus memerintah negara," katanya kepada pemberita selepas persidangan tahunan Veteran Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, Sabtu.
Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid dan kira-kira 100 veteran Umno bahagian itu menghadiri persidangan berkenaan.
Ismail berkata anggota Umno tidak perlu bimbang kerana kewujudan anggota veteran adalah untuk membantu parti dan BN dan bukan merebut jawatan dalam parti itu. "Umno di Pulau Pinang ada lebih 200,000 anggota di 13 bahagian dan kehadiran kami untuk membantu parti pada PRU-13 nanti bukan untuk merebut jawatan," katanya.
Sementara itu, Abdul Jalil berkata pihaknya menyambut baik penubuhan veteran Umno di Permatang Pauh kerana ia dapat membantu jentera parti.
Katanya ini kerana kebanyakan mereka boleh bertugas sepenuh masa berbanding anggota lain yang mempunyai komitmen kerja. "Sumbangan mereka memang besar kepada parti dan saya percaya kematangan mereka dalam berpolitik dapat membantu Umno terutama di Permatang Pauh," katanya. -BERNAMA

8 comments:

  1. ramai lagi melayu umno penang..??? datang dari mana pulok..???....dulu kata pupus dah dihalau oleh guan eng .... dari sumatra kot .... dapat mykad dah ke...???

    ReplyDelete
  2. Pakatan Pulau Pinang jangan rasa gusarlah. Tengok dari gambar veteran UMNO tu,dari 50000 (kununnya) tu, lebih 75% tak akan datang mengundi sebab dah masuk lubang kubur.

    ReplyDelete
  3. Kalau ikut sifir Utusex dan TV 3/4, Jumlah 50,000 tu bersamaan dgn = 50,000/1000 = 50 orang ja yg akan sokong.

    Aku dah "MASTER" dah dalam sifir menyifir Utusex and Tv 3/4 ni.

    ReplyDelete
  4. Jgn risau, ramai lagi yg akan sokong pakatan. Golongan kafir harbi confirm sokong kita. Pelacur dan pekerja rumah urut akan undi kita jugak. Tu tak termasuk lesbian gay biseksual trsnseksual lagi. Jgn risau, putrajaya kita punya.

    ReplyDelete
  5. Jgn risau, setelah khalifah guan eng meminta gereja memberi sokongan padanya, org kristian pun akan mengundi pas, sbb mereka tau pas hanya menutup mata saja kalau org Islam dimurtadkan

    ReplyDelete
  6. 2 komen terakhir tu dari sekor beruk umno

    ReplyDelete
  7. betol,komen tu semacam komen ibrahing ali dan adiknya hasang ali,,,,bila dah terdesak do cerita pasal agama dan kaummm,,,tapi depa ta tau,depa balun tanah lepas tu duit sorok tangan,,,bila mau kalah,,depa tuduh org tu murtad sebab si polan2,,,dap anti islam,,bla bla bla bla...sikalang jaman internet,bukan jaman mamak kutty dulu,,,jgn tipu melayu wahai mamak penang...ahhahhaha

    ReplyDelete
  8. ni jalil hamid yang buang anak bini lepaih dapat kerja ketua pengarang nst tu ka?

    ReplyDelete