Hari ini, Hafiz Nordin muncul lagi di TV3!, bekas Ketua Pemuda Pulau
Pinang ini masih lagi ahli Pas tapi sering menyerang partinya sendiri
dengan dibelakangi oleh hampir kesemuanya musuh Pakatan Rakyat.
Malam tadi dia muncul mengumumkan keadaan getir yang sedang dihadapi
oleh umat Islam di Pulau Pinang terutamanya di Butterworth yang sedang
dilanda serangan aktiviti memurtadkan mereka.
Dikhabarkan bahawa terdapat sekumpulan aktiviti Kristian yang sedang
giat mengetuk pintu dari rumah ke rumah dengan hasrat menjual Bible
dalam bahasa Arab. Jika di layan, hasrat menjual tersebut akan bertukar
menjadi pemberian percuma.
Kumpulan NGO atau gabungan organisasi yang risau keselamatan akidah umat
Islam tersebut yang menjadikan Hafiz Nordin sebagai jurucakap mereka
merasa amat risau takut-takut umat Islam di Pulau Pinang akan membaca
Bible dalam bahasa Arab itu lalu jatuh murtad!.
Mungkin majoriti daripada Umat Islam di Pulau Pinang amat fasih
berbahasa dan membaca kitab Arab, saya tak berapa pasti, tapi agak sukar
untuk mencari penterjemah setiap kali ada jemaah tabligh dari tanah
arab singgah di Masjid-Masjid di sana. Agaknya ramai umat Islam di
Butterworth panda Arab secara diam-diam dan hanya akan digunakan untuk
membaca Bible dan bukan untuk membaca Al-Quran.
Hafiz Nordin beserta kawan-kawannya yang lain akan menganjurkan
perhimpunan besar-besaran di P Pinang agar akidah umat Islam akan
terpelihara. Tempat di mana himpunan tersebut akan diadakan belum
ditentukan lagi.
Rasa letih dengan pendapat sesetengah orang bahawa orang lain perlu
menjaga akidah orang lain. Letih juga dengan pendapat baca Bible boleh
bawa murtad dan letih dengan pendapat berhimpun boleh memelihara akidah.
Umat Islam di Malaysia dijajah oleh bangsa Kristian sejak 1511 dan
hampir kesemuanya masih kekal Islam. Terdapat lebih daripada 260 sekolah
berorientasikan kristian atau sekolah mubaligh kristian di negara kita
yang wujud sejak sebelum merdeka, dan umat Islam masih kekal Islam. Isu
ini juga tidak pernah dibangkitkan oleh penyelamat akidah secara
besar-besaran serta mendapat liputan media seperti sekarang. kenapa kini
ia menjadi kalut???
Apa mungkin ini cubaan melabelkan DAP yang memerintah Pulau Pinang sebagai sebuah parti yang cuba memertadkan orang Melayu?Warta Subhi
tengok muka pun dah tau jenis cari makan dan cari publisiti murah...dia fikir semua org tak kenal dan tak tau temberangnya....
ReplyDeleteKita dah banyak dah lalu pelabagai pengalaman silam kalau macam nie punya cerita dia nie mesti banyak hutang punya untuk nak dilangsaikan, jadi kena lah berdrama sikit macam yang dah lepas-lepas dulu tu, kita faham aapa yang dia dok cari.
ReplyDeleteManusia jenis ini adalah dari sepisis yang hidupnya pentingkan perut. Ucapan nya hanya untuk cari makan.
ReplyDeleteMuka jenis hutang keliling pinggang. Mau cari makan, Barua Nasional (BN )saja BOLIH bagi duit HARAM kepada puak2 cari makan ini.
ReplyDeletemuka babi bangsat ini suruh baca buku arab pun tak reti, baca jawi pun merangkak sibuk pasal murtad bila baca bible arab
ReplyDeleteAku dah cakap dah byk kali. Suara dari akar umbi mcm ni kita jgn layan. Kita tak perlu risau pasal akidah dan ibadah umat Islam, tu sbb kita tak payah bina masjid. Kerajaan umno bina masjid pun kita runtuhkan je utk bina shopping kompleks. Semua yg kita buat mestilah niat dlm hati untuk rampas putrajaya.
ReplyDeleteKalau kristian nak murtadkan org Islam pun, kita tutup sebelah mata je. Undi paderi dgn mubaligh kristian lagi penting daripada mendapat keredhaan Allah.
anon terakhir seperti biasa lembu umno yg selalu komen
ReplyDeleteKena bagi tahu Hasan Ali dan Mufti Perak.
ReplyDeleteAnon 1- 6 adalah orang yg sama.....pencacai apko yg menyamar...
ReplyDelete