PARIT BUNTAR, 20 Okt. : PAS
Parit Buntar menambah lagi kekuatan apabila berjaya menubuhkan sebuah lagi
cawangan penaja PAS di Taman Desa Aman dalam kawasan Dewan Undangan Negeri
(Dun) Titi Serong.
Penolong
Setiausaha PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, Timbalan Pesuruhjaya 1
PAS Perak Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin telah merasmikan penubuhan cawangan penaja
berkenaan di Taman Desa Aman.
“
Kehadiran lebih 300 penduduk taman dan kawasan berhampiran menambahkan semangat
jawatankuasa cawangan yang baru ditubuhkan ini.
“
Sebelum perasmian, Dato’ Seri Nizar telah dipakaikan t-shirt PAS Taman Desa
Aman dan menerima borang keahlian baru dari Ketua Penaja PAS Cawangan Ahmad
Termiji Md. Nor” katanya
Menurut
Hairul Nizam, Mesyuarat Agung penaja PAS Cawangan
tersebut telah diadakan sebelum itu, di mana perlantikan ahli jawatan kuasa
(AJK) telah dibuat dengan jayanya.
“Penambahan cawangan PAS ini akan
memperkuatkan akar umbi PAS dan mampu memperkasakan PAS kawasan Parit Buntar.
“
Penubuhan cawangan Taman Desa Aman juga akan menguatkan lagi jentera pilihanraya
PAS bagi Unit Peti Undi ( UPU ) Titi Serong” katanya
Sementara itu, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin dalam ucapan perasmiannya melahirkan tanda kesyukuran di atas penubuhan cawangan tersebut sebagai menandakan sokongan rakyat di Parit Buntar kepada PAS bertambah padu.
Sementara itu, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin dalam ucapan perasmiannya melahirkan tanda kesyukuran di atas penubuhan cawangan tersebut sebagai menandakan sokongan rakyat di Parit Buntar kepada PAS bertambah padu.
“ Kehadiran penduduk yang ramai pada malam ini
menunjukkan penubuhan cawangan ini mendapat sokongan penduduk setempat.
"PAS
perlu memperkukuh organisasi sehingga diperingkat akar umbi supaya dapat
menguasai politik yang akan diterajui kelak” katanya
Timbalan
Pesuruhjaya 1 PAS Perak juga mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penaja
cawangan dan semua petugas yang berjaya menganjurkan majlis perasmian cawangan
dengan begitu berjaya.
Nizar menyampaikan ucapan perasmian
Penduduk mendengar ucapan penceramah
No comments:
Post a Comment