SERDANG - Pengguna Lebuhraya Lembah Klang (SKVE) mendesak kerajaan
mengalihkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada laluan
Hospital Serdang ke lokasi lain yang lebih sesuai.
Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Serdang, Mohd Sharifudin Johan
berkata, kerajaan perlu mengkaji semula pemilihan lokasi dan had laju
bersesuaian untuk pelaksanaan sistem itu.
"Dalam keadaan kecemasan terutamanya membawa pesakit ke hospital
kelajuan 80 kilometer sejam adalah tidak wajar. Kami minta kerajaan
mengkaji semula pelaksanaan sistem ini di lokasi bersesuaian,” katanya
ketika ditemui, di sini, semalam.
Sementara itu, Timbalannya, Liew Yew Fook, mahu papan tanda
pemberitahuan AES dipasang sekurang-kurang dua kilometer sebelum lokasi
AES dipasang.
“Ia sebagai tanda amaran supaya pengguna berwaspada ketika memandu,
bagaimanapun jika mereka tetap berdegil, padahnya mereka tanggung
sendirilah,” katanya.
Bagaimanapun, saya tidak membantah pelaksanaan sistem ini bagi mendidik
pemandu agar memandu dengan berhati-hati tetapi menyarankan agar ia di
alihkan ke lokasi yang lebih sesuai, kerana di sini bukanlah lokasi
panas kemalangan.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam Puchong, Kuan Chee Heng
berkata, rata-rata penduduk di kawasannya merungut kerana ini merupakan
laluan utama ke hospital dan tidak relevan dalam keadaan kecemasan akan
memandu kurang daripada 80 kilometer sejam.
“Tidak berguna jika kerajaan menawarkan kos rawatan RM5 jika bil yang
harus dibayar RM305 disebabkan adanya kamera ini, lagipun di sini
bukanlah kawasan kemalangan.
“Kami menyokong penuh hasrat kerajaan memperkenalkan AES bagi mendidik
pengguna jalan raya mematuhi had laju, tetapi ia lebih dilihat sebagai
mengaut keuntungan.
Pelaksanaan AES sejak dua minggu lalu mendapat reaksi negatif daripada
pengguna jalan raya berhubung lokasi alat tersebut tidak relevan dengan
situasi jalan raya.SH
tumbangkan krajaan umno/bn
ReplyDeletenampak sangat kerajaan umeno kebulur duit rakyat.tu pun rakyat tak sedar lagi.dok sokong umeno be end jugak.biar mampuih tak pa asalkan umeno be end berkuasa.Allah bagi akai tak tau nak guna dgn elok.
ReplyDeleteMelampau sangatlah kalau letak di tempat yg tak sepatutnya. Abis kalau ambulan lalu pun kena saman jugaklah.Kalau mcmtu naik basikal jelah tak payah bawak kete.
ReplyDeleteKebetulan kalau jalan2 bawa isteri yang mengandung tiba2 sakit nak bersalin, kena bawa lajulah sikit bawa ke hospital, sebab lebih had laju ke hospital kena saman. Naya3.
ReplyDeletejalan tu xslah aku hanya 80km sjm..mmg lubuk buat duit lar...nk wat camne...duit byk dh abis..bg gula2 pru kt rkyt..hutang menimbun2..nk makan duit haram dgn anak beranak lg..so kne kutip r blk..klu x mn mampu sengeh mcm kir toyol.."ala stkt setahun jer kene penjara tu pun siap tangguh lg..aku duit berkepuk2 apa adahal.kuar nti aku jd jutawan blk"
ReplyDeleteSECEMAS MANAPUN KEADAAN, HANYA ORANG GILA JER BAWAK SAMPAI 80 KM SEJAM DAH DEKAT NAK SAMPAI..
ReplyDeleteHE!HE!HE!
betul ke takde signboard..sejak isu ni hangat saya telah meninjau lokasi kamera tu dan disetiap lokasi ada signboard 2 ke 3 kilometer dari lokasi...tengok betul-betul. ambulance dikecualikan dari perangkap laju.sebagai mangsa perempit ni dimana 3 ahli keluarga saya meninggal akibat kecuaian pemandu laju..tiba masanya pesalah undang-undang dikenakan tindakan keras.
ReplyDeletebetul ke takde signboard..sejak isu ni hangat saya telah meninjau lokasi kamera tu dan disetiap lokasi ada signboard 2 ke 3 kilometer dari lokasi...tengok betul-betul. ambulance dikecualikan dari perangkap laju.sebagai mangsa perempit ni dimana 3 ahli keluarga saya meninggal akibat kecuaian pemandu laju..tiba masanya pesalah undang-undang dikenakan tindakan keras.
ReplyDelete