JELEBU - Seorang pekerja pembinaan melahirkan rasa tidak puas hati
apabila menerima bil elektrik pada bulan ini yang berjumlah lima kali
ganda daripada bulan sebelumnya.
Zulhimi Abdul Latif, 41 berkata, kebiasaannya caj bil elektrik yang dikenakan sekitar RM50 hingga RM60 sebulan.
Menurutnya, lazimnya setiap bulan dia memperuntukkan RM200 untuk membayar semua bil kelengkapan rumahnya.
“Tetapi pada bulan ini, saya menerima bil anggaran Tenaga Nasional
Berhad (TNB) yang berjumlah RM280. Saya membuat pertanyaan kepada pihak
berkenaan dan bertanya mengapa perlu diberi bil anggaran sedangkan saya
membuat bayaran bil setiap bulan.
“Mereka menjawab "kerajaan suruh buat macam ini" dan saya juga merujuk
kepada wakil rakyat kawasan dan beliau menyatakan "ini adalah dasar
kerajaan",” katanya.
Zulhimi yang ternyata kecewa dengan situasi itu berkata, bil anggaran
atau penyelarasan itu tidak wajar dilakukan kerana ia membebankan
pengguna.
Katanya, tarikh pembayaran yang tertera di bil berkenaan adalah
selewat-lewatnya 27 September ini, namun kakitangan swasta sepertinya
menerima gaji selepas tarikh berkenaan.
“Saya mahukan bil bulanan yang tepat. Misalnya bil September untuk
penggunaan elektrik bulan itu sahaja dan bukannya bil anggaran.
“Bil anggaran ini juga tidak menyatakan penggunaan elektrik pada bulan
berapa dan ini menyebabkan saya keliru,” katanya yang menyewa kediaman
di Taman Bandar Tinggi, Kuala Klawang.SH
Aku pun tiap2 bulan kene dah.....alasannyer tukar meter digital...dan pelarasan kunun...sebenarnyer penipuan....habis ceriter.......jom kiter ajar UMNO/BN dan kroni pada PRU 13 nanti.....nak komplen pun...banyak sgt alasan bodoh dia org keluarkan......
ReplyDelete