KUALA LUMPUR - Semakan Audit mendapati, Program Transformasi Kedai
Runcit (TUKAR) yang dicanang Umno BN kononnya untuk menaik taraf kedai
runcit tidak mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
Berdasarkan Laporan Ketua Audit (LKAN) 2011, pelantikan konsultan dan
pembekal program itu diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) dengan melantik sebuah syarikat secara lantikan terus.
“Bagaimanapun, tiada surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk
pelantikan ini. SKM tidak mengeluarkan surat tawaran pelantikan
konsultan dan pembekal program TUKAR kepada syarikat tersebut.
“Pelantikan ini hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah SKM pada mesyuarat Lembaga Pengarah pada 30 Mei 2011,” LKAN dipetik.
Audit juga mendapati, tiada perjanjian ditandatangani antara SKM dengan
syarikat konsultan dan pembekal program selain geran asas program itu
yang belum digunakan.
“Tiada dokumen yang boleh dirujuk sebagai panduan untuk syarikat
melaksanakan program TUKAR dan tiada penetapan dibuat bagi perkara
tersebut.
“Antaranya spesifikasi dan nilai pengubahsuaian kedai runcit, senarai
peralatan yang sepatutnya dibekalkan kepada koperasi, tempoh jaminan
bagi kerja pengubahsuaian dan peralatan elektrik dan tempoh penghantaran
bekalan barang kepada koperasi,” jelas LKAN.
Tambah LKAN, prestasi koperasi selepas mendapat bantuan geran adalah tidak memuaskan.
“Pemantauan dilaksanakan dengan menggunakan borang prestasi yang sepatutnya dihantar ke SKM setiap enam bulan.
“Bagaimanapun, analisis Audit mendapati hanya 232 daripada 678 atau 34
peratus koperasi yang menerima geran dari tahun 2009 hingga 2011 telah
menghantar borang prestasi selepas 12 bulan menerima geran,” kata
laporan itu. ~kd
mmg macam cerita nujum pak belalanglah.....satu utk kau(BR1M)..satu utk aku (projek TUKAR)....dua utk kau...dua-dua utk aku.......amacam kita TUKAR jer penyamun2 di pada PRU 13 nanti......
ReplyDelete