Naib Presiden
KEADILAN, Chua Tian Chang, menggesa perdana menteri Najib
memberikan penjelasan ekoran pendedahan perjumpaan sulit beliau dengan
spekulator mata wang asing, George Soros pada tahun 2010.
Gesaan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu semasa sesi perbahasan di parlimen petang tadi.
“Najib seperti Mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan Soros,” kata Chua.
“Saya berharap PM dapat berikan bukti atas dakwaan pertemuan sulit antaranya dengan Soros pada 2010. Saya mohon penjelasan.”
Pendedahan
tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, minggu lalu
semasa sesi perdebatan dengan ketua penerangan Perkasa, Ruslam Kassim.
Chua juga
menyelar sikap kerajaan yang bersandiwara dan memutar belit fakta dengan
bertindak menyerang badan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya menerima
dana asing dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan persekutuan.
Bekas perdana
menteri, Mahathir Mohamad, juga didakwa oleh Chua pernah bertemu dengan
Soros bagi melobi untuk mendapatkan dana bagi sebuah NGO yang menentang
peperangan pada 2006.
Susulan
pendedahan dalam debat tersebut, media hari ini melaporkan Najib
pada telah bertemu Soros pada hari sama dia menyampaikan
ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) di New York, Amerika Syarikat pada 27 September 2010.JALAN PULANG
penyagak berjumpa perompak......hihihihi
ReplyDeleteMane beruk umngok yg sekor tu??
ReplyDeleteKalo x citer anwarinas je komen dia
Dasar beruk!