Itulah yang terjadi kepada pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, ditangguh berikutan pilihan raya umum ke-13.
Ketua Angkatan
Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, berkata Umno Barisan
Nasional (BN) pimpinan Najib Altantuya takut sokongan terhadap rejim
pemerintah menjunam jika kes rayuan itu diteruskan sebelum pilihanraya
umum ke-13.
Apatah lagi,
katanya, pendengaran rayuan itu mungkin mendedahkan dalang sebenar
pembunuhan yang mendapat liputan di peringkat antarabangsa.
“Ada
kemungkinan dua anggota polis yang dihukum mati itu akan menggunakan
peluang untuk membela diri mereka. Mereka dijadikan kambing hitam dan
mungkin mahu tegakkan keadilan untuk mereka,” katanya.
Semalam,
Mahkamah Rayuan menangguh pendengaran kes rayuan Cif Inspektor Azilah
Hadri dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar yang dihukum mati kerana
pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 19 Oktober 2006.
Sebelum ini, kes
rayuan yang dijadual didengar pada Ogos ditangguh sebelum tarikh baru
ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November lalu.
Bagaimanapun, peguam, Hazman Ahmad yang mewakili Azilah Hadri ketika dihubungi Malaysia Kini, menyatakan tiada tarikh baru ditetapkan.
Pada April 2009,
Azilah dan Sirul dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya
selepas perbicaraan selama 159 hari yang turut melibatkan Razak Baginda –
rakan baik Perdana Menteri.
Jasad Altantuya diletup mengggunakan bahan peletup C4 gred tentera di kawasan belukar, Jalan Puncak Alam pada Oktober 2006.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Shamsul juga tidak terkejut jika kes rayuan itu ditangguh lagi selagi pilihanraya umum belum dijalankan.
“Ini memperkukuh dakwaan betapa kes ini adalah perbicaraan politik bagi menutup dalang di sebalik pembunuhan,” katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan penangguhan itu sebenarnya alasan untuk menutup kes secara senyap dari pengetahuan rakyat.
“Tengok skandal
melibatkan Shahrizat. Mereka sengaja lengahkan perbicaraan. Begitu juga
kes ini yang seakan-akan mahu menyelamatkan Perdana Menteri dan isteri,”
katanya.
Bagaimanapun,
kata Shamsul, penangguhan itu tidak berguna jika Pakatan Rakyat menawan
Putrajaya kerana sesiapa jua yang bersalah bakal menerima hukuman
setimpal.
“Pakatan tak
memandang remeh kes pembunuhan itu kerana ia melibatkan nama baik
negara. Kita tidak teragak-agak untuk heret orang yang terlibat
sekalipun Najib” katanya.
Barua2 umno senyap jer
ReplyDelete