Saturday, October 13, 2012

SIASATAN DIRAJA!!! Siasat dakwaan dana asing seludup RM 40 Juta untuk UMNO


DAP menuntut sebuah suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung "sumbangan politik" RM40 juta untuk Umno Sabah.



Pemimpin popularnya Lim Kit Siang berkata, sebagai pihak berkepentingan, Perdana Menteri Najib yang juga presiden Umno patut menubuhkan RCI menyiasat kemasukan wang dari Hong Kong itu, sekali gus membersihkan nama Malaysia dan Barisan Nasional (BN).

"Apa yang diabaikan sepenuhnya, RM40 juta itu bukan bersih tetapi wang kotor," dakwa Lim.

Dakwa Lim lagi, wang itu dibawa masuk secara tunai oleh ahli perniagaan Michael Chia sebelum beliau ditahan atas dakwaan penyeludupan dan pengubahan wang.

Najib  dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi semalam enggan mendedahkan penyumbangnya atas alasan pembangkang juga tidak mendedahkannya.

Beliau juga mengaku sumbangan itu dibuat dengan cara yang betul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang yang diseludup itu sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

Siapa Penyumbang RM40 Juta Untuk Umno Sabah?


Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Najib takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib  mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.

Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.

"Tidak ada siapa percaya si penyumbang memberikan sumbangan kepada parti pemerintah dengan percuma begitu sahaja.

"Kalau penyumbangnya orang berniaga, semua tindakan perniagaan dibuat berdasarkan untung dan rugi sebab ia bukan badan kebajikan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil mempersoalkan keuntungan apa yang diharapkan oleh si peniaga tersebut dalam memberiikan sumbangan sebesar itu.

Sebab itulah, kata Mahfuz, isu utama berhubung sumbangan RM40 juta itu ialah kedudukan pihak yang menerima sumbangan dan pihak yang memberikan sumbangan.

"Yang menerima sumbangan ialah parti pemerintah dan tidak ada siapa pun yang percaya ia diberikan tanpa sebarang kepentingan," kata beliau.

Apa yang berlaku itu juga membuktikan penguatkuasaaan undang-undang di negara ini dibuat secara double standard dan berpilih-pilih, kata Mahfuz.

"Kalau pihak yang kerajaan Umno BN tidak suka, sudah pasti dibongkar dan diburu habis-habisan seperti yang berlaku kepada Suaram sekarang.

"Umno bukan sahaja terima wang dari luar negara malah RM40 juta itu diseludup, tetapi menteri kata dalam Parlimen kononnya tidak ada unsur rasuah," katanya.

Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berkata, "tidak ada unsur rasuah dibuktikan" di dalam kes itu.

Mahfuz juga mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menimbulkan kecurigaan besar berhubung siasatannya terhadap penyeludupan wang RM40 juta itu.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Musa Aman (gambar tengah) sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia (gambar kanan) yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Bagaimanapun, SPRM membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.

9 comments:

  1. Aku dah agak dah. Paspb sure akan mempromosi dap, terutamanya keluarga lim, sbb ni arahan dari puak anwarinas. Tp bila aku pegi blog dap, takde pulak diaorg promosi pas.

    ReplyDelete
  2. Aku x akan undi PAS selagi parti ni menyokong ideologi SYIAH....!!!

    p/s: mcm mana kita boleh mengangkat dan memuji orang yang menghina isteri dan sahabat nabi.Tolak syiah tolak IRAN!!.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak nak undi PAS keran tuduh PAS shiah, habis tu?? sokong BN yang terang2 tak mahu laksanakan hukum allah.... mcm tu??? lagi teruk.... tuduh PAS shiah, belum pasti lagi betul atau tidak tapi BN terang2 tolak hudud, bersama mca dan mic.

    ReplyDelete
  4. Kalau tak nak undi PAS keran tuduh PAS shiah, habis tu?? sokong BN yang terang2 tak mahu laksanakan hukum allah.... mcm tu??? lagi teruk.... tuduh PAS shiah, belum pasti lagi betul atau tidak tapi BN terang2 tolak hudud, bersama mca dan mic.

    ReplyDelete
  5. Hudud adalah hukum allah, dalam alquran mmg dah jelas ada di jelaskan tapi bila menolak hukum allah, bermakna menganggap kuhum allah itu lemah tak blh diguna pakai.. bila dah anggap hukum allah lemah, bermakna allah lemah, bila dah mcm tu bermakna dah jatuh syirik... menganggap allah sama seperti makhluk dan mgkn lebih lemah sbb skrg diguna pakai hukum manusia...bermakna dah anggap manusia lebih pandai membuat hukum drpd allah....tolong fikir....

    ReplyDelete
  6. kasihan bila baca komen beruk umno. dah tak ada idea nak komen. sama saja komennya.

    ReplyDelete
  7. org2 yg menyokong umno jgan tunjuk sgat yg kamu tu kurang bijak dlm berfikir.. baik diam je dr bg komen bodoh mcm tu..

    ReplyDelete
  8. ..bodoh dan lembu lah orang BN/Umno alSyatan ini ..orang cerita pasal duit Haram Jadah duit menipu atau duit dadah itu pasal dia seludut..dia buuat cerita lain..betul-betul bodoh punya orang Melayu kalau dia orang melayu ...

    ReplyDelete
  9. Read More: RM40 juta untuk tutup sumbangan politik Soros kepada Pakatan Rakyat

    Tubuhkan juga SSD untuk menyiasat kemewahan Pakatan Rakyat dan sebab apa Soros menyalurkan dana membantu jentera2 Pakatan di negara.. jangan bersikap double standard..

    ReplyDelete