Fathul Bari Pengerusi
Sekretariat Ulama' Muda Umno pernah menjadi seorang ahli panel di Majlis Wacana Hudud di Wisma MCA yang turut dihadiri Presiden MCA Chia Soi Lek.
Nampaknya Ulama Muda Umno gagal memahamkan Presiden MCA tentang hukum hudud dalam seminar berkenaan.
Presiden MCA itu terus menghina hukum Hudud walaupun telah mendengar penjelasan Ulama Muda Umno. Apa yang Fathul Bari jelaskan tentang hukum Hudud sehingga Presiden MCA itu masih berani mempersenda hukum Hudud.
Ramai yang bertanya di mana Fathul Bari di kala Soi Lek membelasah hukum Hudud. Dulu ulama Muda Umno ini pernah membela Soi Lek apabila Soi Lek dikritik kerana menghina hukum Hudud.
Katanya, Soi Lek perlu diberi kefahaman bukan dihemtam. Bukankah Fathul Bari dah menjelaskan hukum Hudud semasa Wacana Hudud anjuran MCA. Kenapa Soi Lek masih berani menghina hukum Hudud?
Mungkin inilah sebab Fathul Bari tak bersuara apabila Soi Lek lantang memperkecilkan hukum Allah.
Atau mungkin Fathul Bari mencari hujah untuk membela Soi Lek lagi?
Dewan Undangan Negeri Kelantan dah bertahun2 meluluskan perlaksanaan undang2 Hudud tapi hingga hari ini tak dilaksanakan lepas tu asyik nak salahkan org aja. Tunjukkan bukti dulu lepas tu bolehlah nak salahkan orang. Umat Islam menantikannya. Tolong jangan dok cakap yang tak serupa bikin.
ReplyDeletemacam mana nak laksana kalau umno dok halang
ReplyDeleteProf aziz bari, pakar perlembagaan dah cakap, kalau pas nak laksanakan hudud, bn tak blh halang sbb agama Islam dibawah kerajaan negeri. Tapi sampai skrg pas still tak laksanakan. Kenapa?
ReplyDeleteApa tunggu lagi pas, laksanakan je hudud. Tak perlu takut dgn dap. At least blh jadi contoh pd negeri lain. Takkan nak tunggu sampai karpal mati kot.
ReplyDeleteapa la tak faham , kenapa umno tak lawan je perlembagaan msia kalau berani sgt nak laksana hudud. dgn soi lek pun kecut, konon nak laksana hudud.
ReplyDeletepuak umno sengaja buat tak tau kenapa sampai lani tak boleh laksanakan hudud.duk kata awat tak laksanakan sedangkan kerajaan negeri di pegang pas.nak perbodohkan orang guna ayat tu je la.orang kampung lani dah cerdik la.semuanya sebab perlembagaan.ubah perlembagaan,selesai la.siapa pegang?umno la.awat umno tak mau ubah?sebab takut ngan MCA
ReplyDeleteApa punya alasan da... Prof aziz bari, pakar perlembagaan cakap PERLEMBAGAAN MALAYSIA TAK HALANG PAS LAKSANAKAN HUDUD dkt kelantan sbb AGAMA ISLAM DIBAWAH KUASA KERAJAAN NEGERI. so, apa tunggu lagi? jomlah kita laksanakan. Kalau nak tunggu karpal kasi lampu hijau, kita kene tunggu dia mati dulu.
ReplyDeleteUmat Islam hari ini menunggu2 perlaksanaan hukum hudud di Kelantan tak payah nak bagi alasan lagi ayuh laksanakan . Dah 20 tahun tunggu apa lagi jgn nak beri alasan perlembagaan la umno la dulu2 zaman tok nik kita mungkin org boleh terima tapi hari kelulusan srp pun faham pasal perlembagaan macam YB Mahfuss.
ReplyDeleteUFB sudah menjalankan tugasnya menyampaikan apa yang patut kepada CSL.Namun dia tidak boleh mendahului Allah untuk membuka pintu hati CSL untuk menerima hujahnya itu.Manusia merancang Allah menentukan keputusan nya.
ReplyDeleteTanggungjawab memastikan hudud terlaksana bkn ditangan pas mahupun kelantan.... Tetapi tanggungjawab semua umat islam.. Malah mereka yg mempunyai kuasa terbesar amat perlu bertindak segera.... Jng harap org lain...sbg umat islam kita perlu bertindak... X perlu nk klafikasi / double standart...... Akhirnya semua nak bela kafir.... Siapa nk bela islam?
ReplyDelete